Teknikal Analisis Forex Dengan Investing dot Com

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, ALLAH benarkan aku untuk menaip. Dan aku akan menaip tentang teknikal analisis forex dengan menggunakan investing dot com. Investing dot com bagi aku adalah source yang paling best untuk dapatkan info info dari segi teknikal analisis dan juga fundamental analisis. Teknikal analisis adalah satu kepastian kepada para traders untuk mendapatkan entry yang terbaik disamping itu memberikan gambaran visual yang jelas selepas menganalisis fakta melalui fundamental analisis.

Teknikal Analisis Investing dot Com

Di dalam website ini, aku lihat investing dot com sangat berjaya dalam memberikan analisa yang berasaskan confluence. Bayangkan, bermacam macam indikator dalam pelbagai timeframe di konklusikan sama ada sesuatu pair itu boleh buy sell atau neutral. Jadi jom kita lihat apakah features features yang best dengan investing dot com.

Investing dot com menyediakan kawasan pivot point ataupun SnR untuk korang terus letak dalam mt4 korang. Tak payah dah pening kepala nak lukis lukis. Ikut je. Pastu tunggu signal dekat kawasan kawasan yang korang dah tandakan. Aku juga boleh refer seperti gambar dibawah. Website ni bagi 3 level support dan 3 level resistance. Lepas tu aku boleh filter sama ada nak SnR tu pada TF D1 ke TF H1 ke. Just klik pada TF dan automatically semua value Support dan Resistance pun berubah mengikut Timeframe. Oleh itu, jika korang swinger, boleh la pilih Higher TF, jika korang intra atau scalper, boleh la amik lower timeframe.

Gambar

Selain tu, website ni buat confluence kepada 12 indikator dan akan summarizekan sama ada nak buy atau nak sell. Ada 3 jenis signal yang diorang bagi sama ada STRONG SELL, SELL ataupun NEUTRAL dan STRONG BUY, BUY dan NEUTRAL. Dengan itu, aku boleh gunakan teknikal analisa ini sebagai signal untuk aku masuk entry berdasarkan candle close.

Korang pening nak tengok trend? Website ni dah siapkan cara teknikal analisis trend dengan confluence MA yang berbagai setting dari MA 5 hingga MA 200. Kemudian diorang akan summarize kan sama ada trend tu Strong Uptrend, atau Downtrend, ataupun Neutral.

Dan jika korang jenis yang Basket, Website ni ada bagi technical summary untuk semua pair yang ada. Korang just pick je mana yang korang suka. Aku sarankan untuk pilih waktu semua TF dalam keadaan STRONG, tak kesah STRONG SELL ataupun STRONG BUY. Kemudian, pastikan korang trade pada waktu aktif supaya tak terlajak terkena dengan accumulation phase ataupun consolidation market yang bergerak atas bawah ataupun ranging. Basically, cara teknikal analisis website ni menggunakan Indikator untuk entry, MA untuk trend, kemudian akan summarize SELL atau BUY.

Oleh itu, jangan pening kepala lagi nak fikir kat mana nak dapatkan source teknikal analisis yang terbaik. Aku rasa website ni memang cap A1 la.

Post sebelum ini : Jenis Graf Forex

Aku cuma berkongsi.

Sesungguhnya, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui

ALLAH MAHA BIJAKSANA

ALLAH MAHA BIJAKSANA

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Aku pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →