Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara trade guna volume dalam dagangan saham. Volume tidak boleh digunakan secara mandiri. Ia adalah supporting tool untuk kesemua analisa teknikal yang ada. Oleh itu dengan adanya tambahan maklumat volume ia akan memberikan anda lebih keyakinan untuk melakukan entri dalam kaunter yang berpotensi.
Cara Trade Guna Volume
Pertama : Anda boleh gunakan sebagai confirmation semasa breakout resistance. Sekiranya Resistance telah dipecahkan dan candle close diatas resistance, anda lihat sekali dengan volume yang ada. Jika volume adalah signifikan, iaitu lebih besar berbanding volume sebelumnya, berkemungkinan breakout tersebut bukanlah false breakout.
Kedua : Anda boleh jadikan Volume sebagai divergence atau reversal signal untuk kaunter yang downtrend. Katakan anda melihat terdapat sebatang candlestick bearish Marubozu tetapi volume yang ditawarkan lebih rendah berbanding volume yang sebelumnya. Ia menunjukkan bahawa momentum yang ada semakin berkurangan dan bila-bila masa sahaja price boleh reverse semula.
Ketiga : Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengenalpasti volume yang signifikan, anda boleh letakkan tambahan Moving Average setting 20 Days di dalam volume itu sendiri. Jadi, lebih mudah untuk anda tahu sama ada volume tersebut signifikan atau tidak. Jika bar volume lebih tinggi dari MA 20, maka ia adalah volume yang signifikan.
Kesimpulan
Saya telah terangkan kepada anda cara trade guna volume dalam sahama. Diharap artikel ini boleh memberikan anda input dan juga menambahkan lagi keyakinan untuk anda entri apabila signal yang diberikan disokong dengan volume yang besar. Sekian terima kasih.