Cara Menggunakan Bollinger Band Saham Mudah Dan Profitable

Bollinger band merupakan salah satu indikator yang popular dalam kalangan pelabur saham. Ianya adalah indikator yang bersifat trend spotter, iaitu indikator yang mengesan trend dalam pasaran. Jadi, pak cik akan terangkan cara menggunakan bollinger band saham yang bakal melonjakkan keputusan trading saham anda.

Mekanisme Bollinger Band

Bollinger band terdiri daripada 3 garisan iaitu:

  1. Upper Band
  2. Middle Band
  3. Lower Band
See the source image

Upper band digunakan untuk mengukur kekuatan momentum uptrend pada sesuatu masa. Sebagai contoh, jika terdapat candlestick yang berjaya close diluar upper band, ianya memberi isyarat bahawa terdapat kekuatan yang cukup untuk uptrend meneruskan perjalanan.

Bollinger Bands Part 2 - What is Bollinger Band Squeeze | Bollinger Band  Trading Strategies - Top Trading Directory
Contoh price break upper band menunjukkan momentum

Berbeza dengan lower band, ianya mengukur kekuatan momentum downtrend pada sesuatu masa. Contohnya, terdapat sebatang candle yang berjaya close dibawah lower band, ia bermaksud pergerakan downtrend mempunyai kekuatan dan bakal meneruskan pergerakan tersebut.

Middle band pula merupakan petanda awal sama ada trend akan bermula sama ada uptrend atau downtrend. Ianya juga digunakan sebagai titik rujuk para pelabur saham untuk melakukan entry di kawasan ini. Oleh itu, jika price close diatas middle band, pelabur akan fokus untuk mencari entry buy manakala jika price close dibawah middle band, pelabur akan cepat-cepat untuk close position sebelum price turun lebih banyak.

How to Manage a Trade after Entry - Bollinger Trend Strategy -  Artikel-Wettbewerb - Dukascopy Community
Contoh price yang test di middle band sebelum meneruskan uptrend

Cara Penggunaan Bollinger Band

Untuk menggunakan bollinger band, anda harus hafal dua perkara ini :

  1. Sesuatu trend hanya valid apabila price berjaya close diluar upper atau lower Bollinger Band.
  2. Entry hanya pada kawasan middle band sahaja

Secara amnya, trading menggunakan bollinger band merupakan strategi klasik break and retrace. Oleh itu, apabila price berjaya break upper atau lower band, ia menunjukkan keadaan breakout yang ditunjukkan oleh bollinger band. Jadi, untuk merendahkan risiko dan mengelakkan pelabur membeli pada harga yang tinggi, anda disarankan untuk tunggu price retrace menghampiri ke kawasan middle band untuk melakukan entry.

Cara penggunaan bollinger band sering dikaitkan dengan getah. Semakin kuat getah ditarik, semakin tinggi keanjalan getah tersebut dan tenaga yang dihasilkan cukup kuat. Oleh itu, semakin kuat pergerakan price keluar dari kawasan bollinger band, maka semakin kuat price akan ditolak masuk ke dalam bollinger band. Ianya agak berisiko sekiranya anda mengambil keputusan untuk melakukan buy call semasa price berada diluar bollinger band.

Masalah Pelabur Ketika Menggunaan Bollinger Band

Walaupun ianya nampak mudah, kebanyakan para pelabur menghadapi kesukaran apabila price berada dalam keadaan ranging. Oleh itu, kebanyakan pelabur akan terperangkap dengan buy dan sell dan akhrinya mereka takut untuk melakukan cutloss. Ketika price ranging, anda akan lihat bollinger band akan berada dalam keadaan flat dan semakin menyempit. Keadaan inilah yang membuatkan ramai pelabur terperangkap.

The complete guide to Bollinger Bands by John Bollinger | IG Bank  Switzerland
Price consolidation yang menghasilkan narrow band

Solusi Masalah Trading Dengan Bollinger Band

Ianya merupakan teknik yang saya amalkan sepanjang saya trading. Selepas price berjaya break upper band, saya akan mencari zon swap yang berlaku berhampiran di kawasan middle band. Cara penandaan kawasan zon swap adalah menandakan candlestick pertama bearish engulfing kemudian saya akan menunggu price test kawasan tersebut sebagai entry. Bagi level cutloss pula apabila price break kawasan yang saya tanda, saya akan melakukan manual cutloss pada kaunter tersebut. Sila lihat video tutorial yang saya kepilkan sekali untuk kefahaman anda tentang cara penggunaan teknik bollinger band ini.

contoh swap bollinger band

Kesimpulannya

Menggunakan bollinger band sahaja tidak cukup untuk menjadikan anda seorang yang profitable. Masih banyak lagi elemen yang perlu ditambah seperti fundamental dan juga sentiment. Namun, dengan mengikuti cara yang telah pak cik gariskan, Inshaa ALLAH dengan rezeki ALLAH anda mampu profit dalam dunia saham.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →