Analisa Teknikal RSI

analisa teknikal rsi

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda tentang kaedah analisa teknikal RSI. RSI atau Relative Strength Index ini adalah salah satu dari 10 indikator standard yang dibekalkan di dalam mana-mana platform. Oleh itu anda boleh gunakan ia secara percuma dan ianya boleh membantu anda dalam melakukan keputusan trading sama ada buy mahupun Sell

Asas Relative Strength Index

Secara amya, RSI terdiri daripada beberapa komponen. Ia adalah satu tingkap yang mengukur kekuatan pasaran dari 0 sehingga 100. Terdapat dua zon yang digunakan dalam RSI iaitu zon Overbought (70-100) dan juga zon Oversold (0-30). Rata-rata trader akan mencari signal Sell di zon Overbought manakala signal buy di zon Oversold.

Analisa Teknikal RSI

Pertama : Memerhatikan di kawasan Overbought dan juga Oversold
Kebanyakan trader akan memerhatikan kawasan ini. Ia boleh bertindak sebagai kawasan Support dan juga Resistance. Oversold akan bertindak sebagai kawasan Support manakala Overbought akan bertindak sebagai kawasan resistance. Apabila garisan RSI telah menyentuh kawasan tersebut, kemudian keluar semula ia adalah potensi signal yang kuat.

Kedua : RSI Pullback
Kaedah ini lebih disukai kepada mereka yang suka buy in depth. Caranya cukup mudah hanya tunggu sahaja garisan mencecah OB, kemudian tunggu sehingga garisan RSI memasuki kawasan level 40-60. Dikawasan ini anda boleh pilih sama ada untuk menggunakan CRS ataupun sehingga garisan RSI memecahkan level 60.

Ketiga : Sebagai Trend Indikator
Kebanyakan trader yang menggunakan RSI menggunakan formula, jika garisan RSI diatas level 50 maka ia adalah Uptrend manakala jika garisan RSI dibawah level 50 maka ia adalah downtrend. Namun bagi saya cara ini terlampau ringkas dan banyak noise yang bakal berlaku.

Kesimpulan

Daripada ketiga-tiga analisa teknikal RSI ini, saya lebih sukakan nombor 2 kerana ia datang dengan confirmation dan anda juga beli semasa harga sedang jatuh. Kaedah nombor dua lebih less false signal berbanding dengan kaedah 1 dan juga 3. Sekiran terima kasih.

Cara Trade Guna Bollinger Band

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →