Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua cara trade guna bollinger band. Untuk anda yang tidak tahu, Bollinger Band atau BB adalah salah satu indikator asas yang mudah untuk difahami oleh ramai trader. Malah, ia diletakkan sebagai indikator wajib ada di semua platform trading seperti Bursa Trading Station, MT4, MT5, Nova Platform dan sebagainya.
Apa itu Bollinger Band
Sebelum saya terangkan cara trade guna bollinger band, saya akan terangkan dahulu apa itu Bollinger Band. BB adalah indikator dalam kelas trend yang mana fungsi dan tugas utamanya adalah untuk mengesan trend semasa. Ia terdiri kepada 3 garisan iaitu Upper Bollinger Band, Lower Bollinger Band dan juga Mid Bollinger Band.
Secara amnya penggunaan Bollinger Band sangat mudah. Dibawah saya ringkaskan dahulu.
Upper Bollinger Band :
Digunakan untuk mengesan momentum uptrend. Jika candlestik berjaya break, ia akan digunakan sebagai petanda bahawa harga sedang dalam keadaan menaik dan menjadikan trader fokus untuk menjadi entry buy.
Lower Bollinger Band :
Digunakan sebagai kawasan pull back sama ada uptrend ataupun downtrend. Line ini sering digunakan sebagai kawasan entri. Trader akan mula mencari signal entri apabila harga mula retest line tersebut.
Middle Bollinger Band :
Digunakan untuk mengesan momentum downtrend, Jika candlestick berjaya break dibawah garisan lower BB, ia adalah petanda bahawa harga sedang downtrend. Oleh itu trader akan fokus untuk mencari entri sell sahaja.
Cara Trade Guna Bollinger Band
Cara gunakan sangat mudah, berikut adalah antara idea bagaimana untuk trade hanya menggunakan Bollinger Band sahaja. Sila semak kaedah dibawah :
Pertama : Sila gunakan D1 dan cari kaunter yang pernah break Upper Bollinger Band sekurang-kurangnya 3 candlestick berturut-turut. Kenapa 3 candlestick? ia adalah petanda yang mana breakout yang berlaku bukanlah false breakout. Kemudian pastikan harga cuma bermain main diantara Upper BB dan Mid BB sahaja.

Kedua : Selepas anda confirm harga sedang uptrend disesuatu kaunter, sila buka timeframe H1 dan semak adakah harga sudah retest lower Bollinger Band, jika ya, semak pula harga semasa sudah break Upper BB di H1. Jika sudah ada ia adalah petanda untuk anda entri.

Ketiga : Selepas Entri, anda boleh letakkan SL di swing Low di TF H1 kemudian lakukan kiraan R3 untuk dapatkan TP pula.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara trade guna Bollinger Band. Ianya bukanlah satu teknik yang absolute, atau mesti untung, ada sahaja noise yang bakal berlaku, oleh itu, sila kawal money management anda, dan berdisiplin sekiranya harga sudah mengenai SL atau TP anda iaitu close position. Alhamdulillah.