Bismillahirrahmanirrahiim
Am
Jayatiasa (JTIASA) adalah syarikat yang terlibat dengan penghasilan minyak kelapa sawit dan pengeluaran kayu yang berkualiti sejak tahun 1960. Ibu pejabat syarikat ini berada di Sibu Sarawak dan sehingga kini masih beroperasi dan telah meyediakan ribuan peluang pekerjaan bagi penduduk di sekitar Borneo. Mari kita lihat adakah terdapat peluang untuk melakukan trading pada kaunter ini.
Trend dan Zon
Kita dapat melihat pada timeframe D1 yang mana harga sedang berada dalam keadaan retrace dan ianya sehingga ke dalam zon Fibonacci 0.618 – 0.786 yang seringkali digelar sebagai The Golden Ratio. Kemungkinan untuk harga meneruskan perjalanan uptrend mungkin boleh diteruskan. Trend juga kita lihat masih lagi intact yang mana terjadinya Higher High dan Lower Low dan Lower Low terkini masih tidak break Lower Low sebelum ini.

Pattern dan Signal
Kita akan melihat pada timeframe H1. Saya dapati terdapat satu bullish divergence signal yang berlaku di dalam MACD. Manakala untuk signal pula saya dapat mengecam pembentukan Quasimodo pada wave keempat. Candle telah berjaya close di atas point nombor 2. Oleh itu ia adalah petanda yang sangat baik untuk entri.

Stoploss dan Take Profit.
Untuk stop loss saya cadangkan untuk diletakkan beberapa bid dibawah lower low terbaru dan menggunakan kaedah candle close. Jika Candle berjaya close dibawah lower low dua candle berturut-turut mana SL akan diaktifkan. Untuk TP pula TP 1 adalah pada RM 1.54 (R2) manakala TP 2 pada RM 1.77 (R3.9).

Disclaimer
Ini bukan nasihat pelaburan. Ia adalah perkongsian analisa teknikal. Sebarang keputusan pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Analisa kali ini juga agak berisiko kerana menggunakan D1 dan H1 untuk analisis. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.