Kelebihan Unit Trust Yang Perlu Anda Tahu

kelebihan unit trust

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi tentang Kelebihan Unit Trust. Bagi mereka yang tidak tahu, Unit trust atau unit amanah adalah satu instrument pelaburan yang didagangakan secara basket. Ia bermaksud di dalam satu unit amanah akan mengandungi berbagai jenis saham dan instrument dalam satu masa.

Kelebihan Unit Trust

Pertama – Boleh bermula dengan modal yang kecil. Ini adalah kekuatan utama kelebihan unit trust. Bayangkan dengan hanya modal permulaan sebesar RM 500 – RM 1000 sahaja, anda boleh mendapat satu portfolio yang mempunyai berpuluh saham dalam satu masa. Jika anda beli satu per satu saham, ianya tidak kos efektif kerana setiap jual beli akan dikenakan caj broker.

Kedua – Portfolio diurus oleh Fund Manager. Oleh itu anda tidak perlu pening kepala untuk lakukan portfolio rebalancing pada setiap bulan. Perkara ini akan dilakukan oleh Fund Manager, sesuai dengan objektif dana tersebut. Malah ia diuruskan oleh mereka yang professional, jadi anda hanya rileks dan biarkan sahaja wang bekerja untuk anda.

Ketiga – Anda tidak perlu fikir tentang Stoploss. Ianya adalah pelaburan, oleh itu anda hanya akan rugi pada faktor masa sahaja. Jika harga menurun anda hanya perlu lakukan DCA atau Dollar Cost Averaging sahaja untuk memastikan harga purata belian dapat direndahkan.

Keempat – Anda masih lagi boleh lakukan teknikal analisis. Dan teknikal analisis sangat mudah dan ringkas. Anda hanya perlu gunakan Moving Average sahaja. Pergerakan saham juga tidak terlalu laju seperti saham saham persendirian. Dengan menggunakan Moving Average, anda hanya perlu ride the trend apabila terjadinya cross over.

Kelima – Antara kelebihan Unit Trust adalah anda boleh pilih tema pelaburan mengikut citarasa anda. Anda boleh pilih dari segi geografi, anda boleh pilih dari segi industri, anda boleh pilih dari segi instrument. Siapa kata Unit Trust tidak boleh lakukan pilihan? Terdapat lebih 400 unit trust yang ditawarkan di dalam Malaysia sahaja.

Keenam – Tidak perlu fikir tentang diversification. Unit Trust itu sendiri sudah diversify dengan berbagai jenis saham. Malah anda juga boleh mengaut dividen sementara menunggu harga naik setiap tahun. Dividen yang terima selalunya akan reinvest menjadi lebih banyak pegangan unit anda pada masa akan datang.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang kelebihan unit trust kepada anda semua. Secara jujurnya saya sangat merekomendasikan anda untuk lakukan pelaburan unit trust sebelum anda menjadi seorang trader. Menjadi investor lebih mudah berbanding dengan trader, oleh itu rasakan dahulu naik turun harga pada instrument yang mempunyai risiko sederhana seperti unit trust ini dahulu. Jika sudah power, barulah anda melompat menjadi trader untuk instrument saham pula.

Cara Menentukan Stoploss Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →