Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimanakan cara menentukan stop loss tidak kira dalam mana-mana instrumen tidak semestinya di dalam saham sahaja. Apabila berkata tentang stoploss, pastilah ianya lebih kepada teknikal analisis. Jika merujuk kepada teknikal analisis, pastilah ianya lebih dekat kepada pemain trader, bukan investor.
Apa itu Stoploss
Ia adalah satu had kerugian yang diletakkan oleh trader di dalam satu entri. Dengan ini, trader boleh melakukan kiraan kerugian yang bakal dihadapi sekiranya keadaan tidak memihak kepada analisis yang mereka lakukan. Oleh itu, trader boleh keluar dengan kerugian yang telah dikira dan beralih fokus kepada kaunter atau instrument yang mempunyai peluang yang lebih baik.
Cara Menentukan Stop Loss Dalam Saham
Terdapat beberapa cara untuk anda menentukan Stop Loss dalam trading untuk carta teknikal anda. Saya senaraikan terlebih dahulu untuk kefahaman anda.
- Dibawah sedikit OHLC candle
- Dibawah Swing Low
- Berhampiran Support terdekat.
- Manual Cut – Conditional Stop
Pertama – Yang ini adalah basic yang ramai sahaja tahu iaitu meletakkan SL dibawah low candestick. Cara ini sangat popular dalam kalangan player yang menggunakan signal daripada Candlestick Formation seperti Hammer, Bullish Engulfing, Three White Soldier dan sebagainya. Mereka merasakan disitu adalah turning point dan harga mempunyai peratusan rendah untuk jatuh dibawah kawasan tersebut. Kekuatan kaedah ini adalah SL yang ni;is memberikan RR yang besar namun akan selalu tertangkap dnegan Whipsaw.

Kedua – Dibawah Swing Low. Cara ini sangat digemari oleh mereka yang swing. Sebab itulah mereka selalu menggunakan referensi swing Low sebagai rujukan untuk kawasan SL mereka. Jika Swing Low mereka dipecahkan maka mereka akan membuat kesimpulan bahawa rebounce uptrend telah gagal dan era downtrend bakal bermula. Kekuatan kaedah ini adalah mempunyai kekuatan untuk melawan Whipsaw yang biasa tetapi RR yang diberikan tidak setinggi kaedah pertama.

Ketiga – Meletakkan SL pada kawasan Support ataupun Supply yang terdekat. Ia adalah kesinambungan daripada kaedah kedua yang mana trader ingin memberikan sedikit ruang kepada harga untuk jatuh sedikit lebih rendah daripada kawasan Swing Low yang ditandakan. Bagi mereka ruang yang ada ini akan mengelakkan daripada spike yang tidak menentu menyebabkan SL dilibas sebelum harga meneruskan uptrend.

Manual Cut – Conditional Stop saya tidak boleh letakkan ia sebagai kaedah keempat kerana ia boleh digunakan sebagai extension kepada ketiga-tiga kaedah diatas. Ia menggunakan cara 2 candle break yang mana apabila harga berjaya break kawasan SL anda, anda akan perhatikan adalah candle selanjutnya mampu untuk break candlestik yang terbaru atau tidak. Kaedah ini digunakan sebagai kaedah ultimate untuk mengelakkan spike. Namun kekurangan cara ini adalah anda harus membayar lebih banyak kerugian sekiranya harga benar-benar jatuh.

Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara menentukan stop loss dalam trading. Tiada satu pun yang lebih hebat kerana semua kaedah mempunyai pro and con tersendiri. Jadi, persoalannya adalah, yang mana satukah sesuai dengan karakteristik anda. Ada yang lebih suka kepada Hard Stop, ada yang lebih suka conditional stop atau sebaliknya. Semoga kita semua diberikan rezeki oleh Allah SWT. Amiin.