Bismillahirrahmanirrahiim
Awareness untuk cari duit melalui trading dan invest ni bagi aku dah cukup meriah. Macam-macam cikgu dah muncul. Tak macam dulu memang sukar untuk tengok kemeriahan trading atau invest saham. Asyik-asyik geng forex je yang meriah. Dan dengan adanya kesedaran dari geng2 forex yang dah bertaubat macam aku dan juga online marketing yang makin berleluasa ramai yang dah buka mata. Cuma kali ini aku nak kongsi investment style untuk newbies saham.
Mindset
Ini mungkin sedikit nasihat kepada orang yang baru nak jejak kaki dalam pelaburan saham. Jangan engage dalam trading dahulu sebab trading is high risk. Belajar invest dahulu dan cuba rasa sendiri thrill naik turun pasaran saham tu macamana. Target juga untuk simpan saham tu minima 3 tahun baru lah kita boleh tuai hasil tersebut. Itu adalah perakara pertama sebelum ko pilih investment style untuk newbies saham
Fokus Kepada Dividend Investing
Dividend investing bermaksud pelabur tu beli saham-saham yang membayar dividen. Jadikan capital gain saham tersebut adalah sebagai bonus sahaja. Contoh saham yang bayar dividen adalah TNB. Tak adalah nanti ko stress tengok harga jatuh tapi tak boleh buat apa-apa. At least beli saham yang bayar dividen ni nampak la sikit keuntungan dia. Dividen lak kadang-kadang dibayar lebih dari sekali setahun tau.
Fokus untuk beli saham blue chip ataupun large market Cap sahaja. Sebab kebanyakan saham-saham ni perniagaan dah kukuh dan tak boleh berkembang lagi. Oleh itu lebihan wang yang ada tu akan digunakan untuk membayar dividend kepada pemegang-pemegang saham.
Selain itu, tiap tahun setiap company akan ada AGM. AGM pun sekarang online sahaja. Terus daftar dan automatik dapat goodies ataupun cash. Biasanya RM 50. Ok la kan, sambil-sambil dengar AGM boleh dapat duit kocek walaupun tak banyak. Lepas la minyak kereta sekali isi.
Beli Kaunter Yang Tengah Jatuh
Mindset pelabur dia nak beli pada harga yang murah. Bila harga murah, banyak la unit yang dimiliki. Dividend dibayar melalui pemilikan unit tau. Semakin rendah harga semakin banyak unit yang boleh dimiliki. Antara cara paling senang nak tau harga dah betul-betul turun adalah tengok history 3 tahun pergerakan saham tersebut. Ambil harga tertinggi dan terendah dan bahagi dua. Bila harga dah mencecah harga purata selama 3 tahun saham tersebut, boleh la kita consider untuk beli.
Kesimpulan
Sekian dari aku berkenaan dengan topik investment style untuk newbies saham. Melabur ni syok. Sebab banyak benda kita boleh dapat. Yang susah adalah nak asah mindset masing-masing. Cuma macam aku, aku melabur menggunakan Unit Trust sebab beli unit trust terus dapat share dalam bentuk basket. So tak payah pening-pening nak pick satu-satu dan kos jual beli pun lagi murah berbanding aku beli sendiri melalui CDS.
Inshaa ALLAH semoga ada rezeki dari ALLAH SWT untuk kita semua. Amiin.