Bismillahirrahmanirrahiim
Wooo lama siak tak update blog ni. Dah berabuk bersawang dah. Sapa je la yang baca blog zaman sekarang ni. Sekarang zaman tiktok, zaman flex. Takde screenshot popit tak manissss orang kata. hehe. Tapi aku tetap dekat sini. Atas kecintaan aku untuk menulis dan dunia trading. Dalam masa yang sama boleh la jadi rujukan untuk aku sendiri. Topik kali ini kita santhai- santhai ja bosku. Aku cuma nak berkongsi pengalaman kenapa aku tak fokus pada news.
Apa Itu News dan Kat Mana Nak Jumpa
News tu berita la. Berita berkaitan dengan saham atau syarikat yang korang beli. Benda ni boleh je jumpa dalam announcement untuk yang official dan kalau nak tengok ulasan ulasan pakar boleh la tgk dekat Edge ke, Sun Finance ke Yahoo Finance ke. Dalam tu boleh la kau baca macam-macam news yang bersangkutan dengan saham yang korang beli.
Setiap news akan ada konotasi tersendiri. Ada news yang bersifat neutral, ada news yang boleh bagi impak positif atau negatif. Kalau negatif contoh macam laporan kewangan yang meningkat dan news yang buruk seperti syarikat bakal digugurkan dari senarai Bursa. Laporan-laporan macamnilah yang akan bagi boost kepada pergerakan saham syarikat tersebut.
Sekarang ni meh aku cerita kenapa aku tak sangat peduli dengan news. News ni sekadar booster je untuk pelabur buat keputusan untuk beli atau jual sesuatu saham selepas diorang dah ada data fundamental atau teknikal atau kedua-duanya sekali. Pernah la dulu aku follow rapat dengan news satu saham yang aku beli. Korang tau apa yang aku dapat sebab terlampau follow rapat bontot?
- Aku jadi doubt untuk entry
- Aku jadi doubt untuk exit
- Aku banyak bertindak berasaskan sentiment
Ko bayangkan, aku dah ada setup teknikal yang cun melecun macam anak dara untuk kaunter XXX tu. Tapi sebab aku baca news banyak negatif memanjang dalam lojik aku macamana nak invite orang nak beli sebab semua dok negatif je yang kita dengar. Jadi aku tak masuk sebab nak playsafe. Last-last tertinggal bas. Fly tanpa tapak la saham tu. Hampehhhhh.
Ada jugak masa aku track earning report. Masa dah release, aku baca report memang cantik, positif sentiasa. Harga pun naik sebab news positif kan. Aku pun sauk. Lepas dua tiga hari, sendu, pastu jatuh sampai hit line CL aku. Hampehhhhh
So itulah sebabnya sampai sekarang aku masih stick kepada teknikal analisis sahaja. Tak nak pening-pening kepala boys. Nak tunggu timing entri pun sampai seminggu dua baru ada setup kot. Jadi, lebih baik aku besderhana dan gunakan apa yang aku rasa selesa. Semua orang ada style masing-masing kan?
Inshaa ALLAH