Bismillahirrahmanirrahim
Kepada pengguna fundamental analisis, mesti korang ada banyak set ratio yang digunakan untuk tentukan sama ada company tersebut berbaloi untuk dilaburkan atau tidak. Walaupun aku bukan pengguna tegar fundamental analisis, tetapi aku tetap belajar ratio-ratio penting dalam menganalisis laporan kewangan syarikat. Berikut adalah senarai ratio fundamental dalam saham.
Senarai Ratio Fundamental Saham
Aku listkan dulu ratio-ratio tersebut. Ini bukanlah senarai keseluruhan tetapi apa yang agak popular sahaja dalam kalangan pelabur.
- Average Interest Rate
- Book Value
- Dividend Payout Ratio
- Earning Per Share
- Gross Profit Margin
- Price to Earning Ratio
- Profit Margin
- Return on Asset
- Return on Equity
- Asset Turnover
- Collection Ratio
- Inventory Turnover
- Debt Asset Ratio
- Current Ratio
- Acid Test
- Interest Coverage
Average interest rate lebih kepada nak bagitau berapa banyak bunga yang perlu dibayar bagi setiap pinjaman yang dilakukan. Semakin tinggi bunga maka semakin tinggi kos operasi
Book Value digunakan untuk tahu saham tersebut overvalue atau undervalue. Jika harga saham diniagakan dibawah Book Value kita consider sebagai undervalue dan sebaliknya
Dividend Payout ratio adalah berkaitan berapa banyak dividend yang dibayar kepada para pelabur. Kebanyakan saham yang membayar dividend adalah syarikat yang kukuh dan tidak mampu lagi berkembang disebabkan market yang tepu.
Earning Per Share digunakan untuk melihat berapa banyak keuntungan yang diperolehi berdasarkan kepada jumlah saham. Ianya bagus digunakan untuk membuat perbandingan rate of growth sesuatu syarikat dengan keuntungan sebelum ini.
Gross Profit Margin digunakan untuk mengetahui berapa banyak margin keuntungan yang diambil oleh syarikat. Syarikat yang mempunyai gross profit yang tinggi tidak mempunyai masalah untuk membiayai kos pengoperasian harian mereka.
Price Earning Ratio function dia lebih kurang macam BV tapi PE banyak digunakan untuk syarikat yang matang. Digunakan untuk tahu sama ada syarikat tersebut undervalue ataupun overvalue. Logiknya pelabur cuba untuk mendapatkan syarikat yang mempunyai PE yang rendah.
Profit Margin pula menunjukkan berapa banyak sales yang telah dijana oleh sesebuah syarikat. Syarikat yang mengalami kerugian tidak akan mempunyai profit margin. Profit margin yang rendah menunjukkan adanya kesan terhadap pricing strategy dan juga faktor persaingan.
ROA juga dikenali sebagai ROI. Ia adalah ratio yang menunjukkan berapa banyak pulangan yang diperolehi oleh sesuatu syarikat berdasarkan kepada aktiviti pelaburan mereka. Kebanyakan syarikat cuba untuk mendapatkan ROI yang lebih tinggi daripada kadar interest pinjaman mereka.
ROE pula adalah berdasarkan kepada berapa banyak keuntungan yang diperolehi bersandarkan kepada saham yang diapungkan. Biasanya growth company mempunyai ROE yang tinggi disebabkan harga saham yang naik dengan laju.
Asset Turnover menunjukkan hubungan antara aset dan juga keuntungan syarikat. Syarikat yang mempunyai profit margin yang rendah mempunyai kebarangkalian asset turnover yang tinggi. Kebanyakan syarikat yang mempunyai asset turnover yang tinggi adalah daripada industri retail disebabkan persaingan harga yang cukup hebat.
Collection ratio pula mengukur berapa lama syarikat boleh mendapatkan semula bayaran mereka sama ada servis ataupun produk. Semakin cepat syarikat dapat collect semula bayaran daripada client mereka, maka semakin baik untuk syarikat.
Inventory Turnover menunjukkan aliran inventori syarikat yang dijual. Syarikat yang mempunyai low inventory turnover menunjukkan syarikat tersebut mempunyai masalah untuk menjual produk mereka. Ia sekaligus meningkatkan kos simpanan barangan di dalam gudang.
Debt Asset ratio atau dikenali sebagai debt equity ratio digunakan untuk melihat keadaan hutang yang dipinjam oleh syarikat. Syarikat yang mempunyai hutang yang tinggi mempunyai risiko untuk membayar semula jika prestasi syarikat kurang memberangsangkan.
Current ratio diguankan untuk melihat sama ada syarikat mempunyai aset yang cukup untuk membayar liabiliti-liabiliti semasa yang digunakan untuk melaksanakan operasi syarikat. Walaubagaimanapun current ratio yang tinggi juga tidak bagus kerana ia menunjukkan duit syarikat tersebut dalam keadaan dormant dan tidak digunakan untuk mengembangkan keuntungan syarikat.
Acid Test Ratio sama macam current ratio tetapi lebih terperinci. Acid Test hanya menggunakan faktor duit cash / sama seperti cash untuk membayar liabiliti semasa. Ia menunjukkan syarikat mampu terus beroperasi walaupun prestasi keuntungan merudum.
Terakhir adalah Interest Coverage. Ia menunjukkan berapa banyak faedah hutang yang boleh dibayar oleh syarikat berasarkan kepada keadaan aliran kewangan syarikat. Ratio dibawah bacaan 1 menunjukkan syarikat mempunyai masalah untuk menghasilkan keuntungan yang cukup untuk membayar hutang mereka.
Kesimpulan
Setiap ratio mempunyai fungsi tersendiri dan ratio-ratio ini juga akan sering berkait antara satu sama lain. Oleh itu, sentiasa gunakan ratio ini dalam membaca laporan kewangan syarikat. Mungkin anda tidak perlu gunakan semua untuk menentukan sama ada sesuatu syarikat tersebut berbaloi untuk dilaburkan.
Sekian terimakasih. Alhamdulillah.
Sumber :Investment Analytic