Bismillahirrahmanirrahiim
Hujung minggu ni santai-santai je bro. Tak payah nak pecah kepala sangat buat analisis bagai nak rak. Kita ni manusia biasa. Sekadar besederhana sahaja dalam menganalisis. Selalunya korang buat apa untuk aktiviti trading masa market off ni. Adakah terus lupakan sebentar ataupun buat preparation untuk minggu depan? Macam aku aktiviti trading hujung minggu tak berat, cuma santai-santai
Cari Setup
Biasanya aku akan cari setup hujung minggu. Jarang la aku cuba cari setup setiap hari sebab timeframe yang aku fokus besar. D1 dan W1. Jadi, kena tunggu W1 complete baru nampak apa cerita sebenar haha. So agak banyak gak la kaunter kena tengok lepas screening. Biasanya dalam 400+ kaunter. Tapi sebab dah selalu buat teknikal analisis, sekali imbas kita boleh tahu ada setup atau tak. So ada la dalam sejam untuk tengok semua kaunter yang terlibat.
Lepas dah cek aku akan tengok berapa kaunter yang ada setup. Contohnya sekarang ada 3 kaunter yang boleh entry hari isnin akan datang. Aku akan tengok berapa banyak modal yang aku ada. Kalau cukup nak masuk tiga-tiga kaunter aku balun, kalau tak, aku just pilih random sahaja dari 3 kaunter tersebut.
Review
Jarang dah aku review. Sebab sekarang dah ada SOP yang solid. Just tick je semua elemen dan kebanyakan teknikal analisis yang aku buat mesti cukup semua tick. Kalau tak cukup tick memang aku masuk dalam watchlist aku. Lepas tu follow day by day untuk tengok ada tak signal dekat daily candlestick. Kalau ko orang baru review tu penting la sebab kita ni manusia biasa kadang-kadang tak follow SOP. Even aku sendiri pun kadang kadang teruja nak entry pastu tak fully ikut SOP.
Kesimpulan
Itulah aktiviti trading hujung minggu aku. Around 1 jam setengah la. Pastu setel. Kalau ada setup, kita entri, kalau tak ada setup kita lepak tepi. Tapi kalau aku gatal tangan terus aku bukak akaun ASB ke Microleap ke KWSP ke, aku pam la RM 50- RM 100 buat lepas geram. Heheh. Inshaa ALLAH, ALLAH Taala akan sentiasa mencukupkan rezeki hambaNya.