Download Ebook Labur Sempoi V1 Percuma

Meh Saya Tunjukkan Pada Abang Lubuk Pelaburan  SAH Yang Bagi 2 hingga 3 kali ganda lebih besar dari Unit Amanah di Malaysia

Kadang-kadang, boleh sampai 5 kali ganda bang!

Dari Tinta Penulis : Muhammad Iqbal bin Aman (Penulis Blog Pedagangjawa)

Assalamualaikum dan hai, saya Iqbal, mari saya cerita pasal Ali, rakyat marhaen seperti anda. Pergi keja pagi balik malam atau pergi malam balik pagi. Isu duit ini, Ali rasa semua orang kat muka bumi ini hadapi perkara yang sama.  Mulanya Ali tak kisah sangat, sebab gaji yang dia terima cukup untuk tampung komitmen bulanan sehinggalah Ali mendirikan rumah tangga, baru tahu langit tinggi dan rendah. Nak beli pampers budak pun Ali tenung sampai tembus.

Ali ingat lagi, masa kecil, dialah lah orang yang paling rajin nak menolak troli dalam pasaraya. Dengan duit sebanyak RM 50, arwah ayah Ali selamba lempar barang dalam troli sampaikan dia agak “struggle” untuk tolak, ditambah lagi dengan roda yang selalu je rosak. Sekarang ni, duit RM 50 Ali boleh penuhkan bakul sahaja, siap boleh dibuai buaikan lagi bakul tu.

Ali sedar, kuasa beli dia semakin mengurang. Dah lah barang dapat sebakul je, makin lama, makin sikit boleh dibeli. Akhirnya Ali belajar beberapa fakta yang menakutkan sehingga mampu membuatkan ketua keluarga sepertinya terkencing pasal ekonomi dunia ni.

KENAIKAN KADAR INFLASI SETIAP TAHUN

PENURUNAN KADAR PERATUS KENAIKAN GAJI

Ali bukan orang yang belajar pasal ekonomi, tapi dia faham, fakta diatas nak beritahu dia makin lama makin sikit benda yang boleh dibeli. Buntu juga fikir, kenaikan gaji tak setara langsung dengan harga barang. Lama-lama makan kasut juga kalau tak ambil tindakan. Jadi kawan-kawan syorkan join mana-mana skim pelaburan yang ada di Malaysia.

Ali cukup pantang bila sebut je pasal pelaburan, telinga dia jadi miang. Dia antara mangsa yang selalu kena scam dengan MLM, skim ponzi internet, head hunting. Ali jadi trauma bila dia pernah rugi berbelas ribu USD dalam satu malam. Terus Ali jerit kat rakan dia, Ahhh dari aku bakar duit aku tak tentu hala, baik simpan kat bank.

Tapi rakan Ali ni agak pro dalam handle tantrum orang dewasa ni (Orang dewasa kalau tantrum nampak buruk). Dia senyum dan jelaskan dengan baik. Dia cerita sebenarnya dekat Malaysia ni, banyak gila platform pelaburan SAH yang pulangannya boleh menyebabkan seseorang senyum menyeringai. Dia ajar dulu cara nak cari platform pelaburan yang betul, bukan geng-geng ponzi bubuh gambar lebai cakap melayu tolong melayu.

Ali dah mula tertarik, sebab dia berjaya kill kerisauan pertama Ali, iaitu keabsahan. Kedua, dia tunjuk bagaimana nak pilih  pelaburan yang sesuai dengan risiko kita. Kalau kita sanggup ambil risiko tinggi dia cadang begitu begini, kalau nak rendah risiko begitu begini. Perbincangan terus berlarutan sehingga berlaga-laga cawan diatas meja mamak.

Kira punya kira, siap nilai sekali risiko dan pulangan, Ali terjerit WOW. Dalam rasa teruja rasa menyesal pun ada, kenapalah dia tak tahu benda benda ni dulu. Kalau dia dump je RM 100,000, akhir  tahun boleh rembat RM 20,000 secara purata. Banyak tu, tiap tiap tahun ke Disneyland kita.

Contoh pelaburan yang sah di Malaysia dan memberi keuntungan sehingga 110.67%

Haa, best tak cerita Ali tadi. Sekarang, cik kak, abang, nak tau tak apa yang kawan Ali cerita sampai dia terjerit WOW depan rakan dia? Hari ini saya dedahkan semua maklumat eksklusif tersebut dalam EBOOK LABUR SEMPOI. Ebook ni FREE sahaja, lagi best cik kak abang semua, boleh copy pastu pass kat kawan-kawan. Meh tengok apa yang saya cerita dalam Ebook LABUR SEMPOI (Ebook ni banyak gambar dari perkataan. Jangan risau J

ISI KANDUNGAN EBOOK LABUR SEMPOI

  1. Cara Membangunkan Portfolio Kewangan Kendiri
  2. Kenalpasti Ciri-Ciri Syarikat Pelaburan Yang Baik dan Untung Melampau Sempoi ( Lagi banyak dari Fix Depo dan Unit Amanah!)
  3. Teknik _____ confirm Syarikat Pelaburan itu Sah 100% disisi Undang-Undang Malaysia *Bukan buat gambar pastu tampal logo Bank Negara la, Jata Negara la
  4. Teknik Value Investing bagi mereka yang nak rasa thrill labur sendiri tanpa Pengurus Dana.

Yang bestnya, abang/akak boleh tengok sendiri macamana duit tu dilaburkan. Apa yang dia beli, apa yang dia jual. Jangan risau bang, duit abang tu selamat, kerajaan dah secure, lepastu diuruskan oleh pengurus dana bertauliah yang best dan sempoi. Buat keputusan melabur ni penat abang/akak. Atas meja penuh report tebal majalah Mangga Edisi Bumper Raya, so abang.akak relaks je, biar yang pro buat kerja. Tugas abang, hujung tahun ambil untung, sedekah pada yang memerlukan gitu.

Alamak, rasa kurang kick la, apa lagi benda best yang boleh saya dapat selain ebook free. Disebabkan cik akak abang ni sempoi orangnya, saya invite masuk group Telegram, tanyalah sampai muntah pasal pelaburan, saya is okay, akan jawab penuh teliti. Cuma jangan berkongsi masalah cinta. Saya ni jiwa lembut orangnya.

Eh, eh, tak cukup lagi. Saya nak bagi lagi benda free sampai abang akak terjerit WOW macam Ali tu. Saya nak bagitahu lagi sekarang ini saya sedang bangunkan teknik Intraday. Ala yang orang selalu beli saham lepastu jual balik hari yang sama. Chapter ni fokus untuk abang/kakak belajar trading. Nak jadi trader ni abang akak, kena langgar dinding sampai benjol berdarah baru tau mana betul mana salah. Ni saya dah tolong langgarkan dinding untuk abang/akak sampai roboh. Ikut je flow trading yang saya gariskan, inshaa ALLAH, duit jajan menanti.

Jadi tunggu apa lagi, HUBUNGI ADMIN UNTUK DOWNLOAD EBOOK LABUR SEMPOI. Dalam masa yang sama, abang/akak layak untuk dapatkan BONUS TELEGRAM SUPPORT DAN FREE UPDATE CHAPTER TEKNIK REMPIT AKAN DATANG.

PS : Membaca amalan mulia, nak baca ebook ini, ajak sekali adik beradik sahabat handai anda yang leka main Mobile Legend.