Membina Psikologi Dalam Trading Yang Baik

Psikologi Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi tentang psikologi dalam trading. Selain daripada teknik sama ada teknikal analisis dan fundamental analisis, membina psikologi dalam trading yang baik juga penting supaya anda kekal berdisiplin ketika pasaran tidak menentu. Mari kita lihat bagaimana caranya untuk membina psikologi dalam trading yang baik.

Psikologi Dalam Trading

Kawalan Emosi : Trading sentiasa bermain dengan rasa tamak dan juga rasa takut. Rasa tamak menjadikan anda terlampau berani sehingga meninggalkan semua SOP yang telah anda gariskan untuk entri. Rasa takut pula menyebabkan anda tidak berani mengambil risiko yang telah anda setkan sehinggakan anda sentiasa terlepas peluang untuk entri. Oleh itu, sentiasa kekal dengan senarai semak trading anda.

Bina Senarai Semak : Senarai semak sangat penting di dalam psikologi dalam trading. Ia akan membantu anda untuk filter noise-noise yang ada didalam grup saham online anda. Katakan anda selalu trade menggunakan candlestick dan anda terbaca ahli group menggunakan line chart dan mendatangkan hasil yang lumayan. Jika anda tiada senarai semak, pasti anda juga akan terikut dengan kaedah menggunakan line chart walaupun anda tidak mahir menggunakannnya.

Terima Loss Sebagai Salah Satu Proses : Jika anda ingin untung, anda juga harus rugi. Itulah dunia perniagaan. Apa yang penting adalah anda kena pastikan keuntungan anda itu berkali ganda lebih besar berbanding kerugian yang dihadapi. Oleh itu, anda harus tetapkan dahulu berapa risiko yang sanggup anda rugi. Anda boleh gunakan hard stoploss, conditional stoploss atau soft stoploss asalkan anda boleh terima risiko kerugian tersebut dan cepat-cepat beralih pada set up yang seterusnya.

Santai : Dalam membina Psikologi Dalam Trading, anda sepatutnya perlu ada satu peringatan untuk menjadi santai. Jika anda sudah burnout kerana terlampau banyak carta yang dilihat dan juga diselangkan dengan MTF dna juga cross analysis, anda harus chill. Bangun dan buat Milo, selepas beberapa hirup, barulah anda get back to work.

Realistik : Seharusnya anda harus realistik. High Risk High Profit dan Low Risk Low Profit. Itulah expektasi yang anda harus jangkakan. Tidak ada kata kata seindah Low Risk High Profit kerana apabila anda memilih instrument pelaburan itu sendiri sudah boleh jangkakan berapa profit yang anda boleh dapat dan berapa banyak risiko yang boleh anda hadapi.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang beberapa info psikologi dalam trading. Ianya mengambil masa untuk anda membina ketahanan mental sebagai seorang trader. Namun, percayalah bahawa proses dan perjalanan ini berbaloi. Semoga anda menjadi seorang stock trader yang hebat. Inshaa ALLAH.

Jom baca analisis kaunter teradyne : https://pedagangjawa.com/analisis-kaunter-global-teradyne/

Analisis Kaunter Teradyne

Analisis Kaunter Teradyne

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →