Tidak Apa Jika Ingin Reset Semula

Bismillahirrahmanirrahiim

Kalau gagal tu, biasalah dalam trading ni. Aku sendiri berapa kali dah reset teknik. Sekejap pakai BB, sekejap pakai EMA, sekejap pakai SnD. Sebab aku tak jumpa keserasian. Kadang-kadang aku pun rasa kecil dan rendah diri bila nampak yang lain-lain, lebih muda dari aku boleh berjaya lebih cepat, berbanding aku masih lagi struggle untuk profit.

Apa aku belajar, semuanya rezeki ALLAH. Pernah aku nak tinggalkan dunia ni, tapi ada sahaja faktor yang mendorong untuk aku masuk semula. Cuma aku dah mula limit kan fund aku untuk trade. Banyak yang aku dah laburkan dalam investment yang medium risk macam Unit Trust. Permainan unit trust bagi aku lebih mudah berbanding trading. Beli benda berkualiti pada harga murah, lepas tu tunggu. Tak perlu monitor ke, nak rebalancing ke, cuma average sahaja sampai untung.

Bagi korang yang rasa down, its okay. Korang jangan rasa teruk. Allah SWT yang bagi rezeki, bukan sebab kita power trading. Sekarang baru aku rasa hikmahnya. Kalau korang asyik ubah2 teknik. Dont worry, its okay. Tak salah pun. Kalau korang rasa down tengok member lain rezeki banyak masuk sebab trading, dont worry its okay.

Korang dah cuba kan? Dah usaha kan? Dah backtest sampai bengkak mata kan? Selebihnya serah pada ALLAH.

Tidak apa untuk bersedih. Kerana kita hamba. Memang tak ada kuasa dan daya. Jadi apa yang nak diherankan jika kita gagal. Sebabnya kita memang tak mampu. Yang pasti teruskan berdoa, dan inshaa ALLAH, ALLAH SWT akan beri, jika tidak didunia, pasti di Akhirat.

Inshaa ALLAH.

Iqbal 19 Jan 23

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →