Flow Mengembangkan Sesuatu Teknik Analisis

Bismillahirrahmanirrahiim

Aku percaya ramai yang dah belajar macam-macam teknik. Ada yang bermula dengan indikator, ada yang bermula dengan melukis atas chart ada yang belajar benda yang lebih rare dan pelik macam time analisis, elliot wave dan juga astrological pattern macam Gann Chart ataupun Fibonacci. Jadi macamana progress? Ok ke KO ke atau kelabu asap.

Tak apa kalau korang masih tak concentrate, masih mencari rentak, masih mencari keserasian. Korang boleh jump dan belajar seberapa banyak teknik yang korang nak. Percayalah, satu hari nanti, proses korang melompat lompat teknik trading ni, walaupun korang masih gagal untuk buat duit, tapi sebenarnya korang dah mendapat ilmu untuk memahami sesuatu pergerakan dalam carta.

Asasnya, korang harus ada satu teknik yang korang sangat selesa. Misal kata korang suka guna Moving Average untuk trade. Jadi, korang harus kembangkan dari Moving Average tersebut. Contohnya korang guna Moving Average 200. Bila backtest ada jadi ada yang tak jadi tapi korang boleh terima kelemahan MA 200 tu sendiri.

Kemudian korang kembangkan, dari MA 200 tu macamana nak dapatkan area yang baik untuk entri yang mana selari dengan MA 200 tu. Masa tu lah korang belajar pasal Gann Square Chart la, Supply and Demand la, Support and Resistance ataupun Pivot Level. Ada juga yang gunakan Oscillator macam RSI atau Stochastic sebagai area untuk entri.

Korang nampak tak teknik korang mula berkembang dari segaris MA 200. Kemudian start lah backtest menggunakan gabungan MA dan area entri yang korang pilih. Dah puas hati, barulah cari signal untuk entri di zone yang korang nak tu. Masa tu lah korang akan pilih sama ada nak gunakan candlestick kah, indikator kah yang justify entri korang.

Sekali lagi, korang kena backtest. Kemudian korang puas hati dan sekarang timbul dalam kepala korang macamana nak filter signal yang tak menjadi ni. Haa masa ni lah korang nak tengok pada volume. Ada yang tengok signifikan volume dekat indikator, ada yang tengok market depth manipulation ada yang beli masa volume stagnant dan sebagainya. Jadi, pilih mana korang suka.

Alhamdulillah, katakan korang pilih signifikan volume dengan pembelian sebanyak 1000 lot keatas, korang akan konsider volume itu ok. Kadang-kadang, korang mula nampak yang walaupun signal dan volume dan ok, masih lagi ada perkara yang tak lunas. Lagi-lagi kalau korang adalah trend trading, masa ni lah korang akan employ Multiple Timeframe Analysis ataupun Wave analysis. Keje nya adalah untuk bantu korang tengok berapa jauh ia boleh project.

Habis semua tu, barulah korang masuk money management la, sector selection dan sebagainya. Nah korang tengok tak dari segaris MA, ilmu tu berkembang dan berkembang dan berkembang dan berkembang. Intinya, pilih satu skill yang korang suka dan develop. Jangan lupa untuk berdoa pada ALLAH, sebab Dialah yang memberi korang ilham. Inshaa ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →