Bismillahirrahmanirrahim
Sepanjang aku trading, naik turun yang aku lalui, aku dapati bahawa tidak ada satupun yang boleh menghalang sesuatu ketentuan dari ALLAH SWT. Antara contoh yang paling aku selalu nampak adalah dua perkara ini iaitu :
- Aku ada dua kaunter yang sama2 memberi setup dan signal yang baik, tapi kaunter yang aku pilih terpaksa CL dan kaunter satu lagi terbang tinggi
- Aku selalu tengok kaunter yang aku SL akan rebound lebih tinggi.
Jadi, aku try tekel masalah pertama, kalau ada dua kaunter yang ok, aku split modal masuk dua-dua. Masalah kedua pulak instead of aku letak kat low candle SL aku, aku bubuh dekat Swing Low. Nak jadikan cerita, ia tak memberi impak positif pun pada aku. Kalau dia tak menjadi, maka tak jadilah ia.
Dua perkara diatas sahaja sudah cukup untuk mengajar aku bahawa rezeki itu milik ALLAH SWT. Tidak kisah betapa cerdiknya korang, betapa teraturnya perancangan korang, jika Dia nak beri rezeki, tak ada siapa yang menghalang. Kadang-kadang aku post trade idea, tapi x masuk sebab tak de modal, orang lain pula tengok trade idea yang aku buat dan trade dapat profit, maka itu rezeki dia, bukan rezeki aku.
Owh lepasni boleh lah sembrono trade? Tidak. Kita hanya lakukan di dalam batas kita sahaja. Iaitu USAHA. Itu sahaja. USAHA yang kita lakukan adalah sebagai tapak untuk ALLAH SWT turunkan rahmat dan rezeki yang kita nak dari trade ni. ALLAH nampak apa yang kita buat. Nampak kita analisis, backtest, buat kiraan money management dan sebagainya.
Haa yang itu kita kena uruskan, sebab masih dalam lingkungan yang boleh kita kawal. Result, serah pada ALLAH. Walaupun bagi mata orang lain kita gagal, mungkin sebenarnya ALLAH SWT nak bagi kita rezeki pada jalan lain yang lebih sesuai dengan kita. Hidup ini misteri kan, barulah sering kita bertakwa kepada ALLAH SWT.
Kita cuma nak cari duit tambahan, nak naikkan kualiti hidup sedikit, jika ada lebih berkongsi dengan orang yang lebih susah dari kita. Rezeki itu sudah ada untuk kita, cuma tapaknya sahaja kita kena sediakan. Aku bukanlah ustaz, tapi itulah pemahaman yang aku dapat sepanjang aku trade. Kadang aku juga cemburu tengok sahabat lain yang profit lebat berbanding aku.
Tapi aku sudah berdamai dengan takdir dan berazam untuk lebih enjoy dengan PROSES bukan RESULT.
Terima kasih ALLAH.