Bismillahirrahmanirrahiim
Dalam dunia trading, takde sapa yang betul dan sapa yang salah dalam pemilihan entri. Yang menentukan seseorang itu salah atau betul adalah ketika exit. Tapi ramai sangat trader yang fokus dengan entri berbanding exit.
Bagi aku market mesti irrational, atau bahasa kampungnya adalah rosak. Dan semua yang kita belajar hanyalah kebarangkalian sahaja. Bukan satu benda yang pasti atau absolute. Cuba korang bayangkan, katakan orang selalu gunakan BRN sebagai Support and Resistance, bila sampai je BRN yang act as support, semua tak nak jual sebab tau tempat tu tempat orang membeli.
Sampai ke sudah lah order korang takkan fill sebab takde agreed buyer dan seller. Oleh itu tak mustahil lah jika sistem trading korang akan ada lost. Sepanjang aku belajar dan develop macam2 teknik trading, satu benda yang paling penting aku pelajari adalah semakin susah sesuatu signal dan setup tu nak generate maka semakin tinggi percentage ia akan menjadi.
Ni bukan cerita kita swap Multi TF untuk dapatkan kekerapan signal. Umum kita tahu kan yang LTF generate banyak signal dari HTF. Apa yang aku nak sampaikan jika kita ambil satu TF pun signal yang dihasilkan adalah sedikit.
Contohnya di TF D1 sepatutnya boleh generate lebih kurang 4-5 signal dalam 3 bulan. Tapi sistem trading tu generate 2-3 signal sahaja. Pada aku sendiri lah, makin susah dia nak generate signal, memang biasanya percentagenya akan tinggi.
Tapi korang jangan ambil apa yang aku kata ni sebagai benda yang mesti. Ini adalah pengalaman aku sendiri. Setiap trader akan melalui proses kefahaman yang berbeza. Jadi, raikan semua pendapat dan ketahuilah semua ilham dan ilmu yang kita semua dapat tidak lain tidak bukan hanyalah dari ALLAH SWT semata.
Terima kasih ALLAH SWT atas semua ilmu ilmu Mu. Alhamdulillah.