Chartist atau Technician

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu aku tak pernah dengar pun dua term ni. Tapi bila dah baca banyak buku, tengok youtube, dengar interview trader-trader dalam youtube, baru aku faham, trader ni ada dua aliran. Satu aliran dinamakan sebagai chartist dan satu lagi technician. Mungkin ada juga yang ambil pendekatan untuk campurkan kedua-dua aliran ini.

Chartist ni adalah trader yang suka lukis lukis garisan atas chart. Itulah dia chartist. Ala yang lukis Support and Resistance, lukis trendline, channel, wave dan sebagainya. Asalkan korang letak apa apa sahaja lukisan atas chart, ianya dipanggil sebagai seorang chartist. Nak jadi chartist ni jiwa dia kena seni, ada self awareness, sebab nak master lukisan charting ni agak sukar.

Kenapa? ianya sebab lukisan adalah persepsi, apabila aku lukis garisan, ia adalah disebabkan persepsi aku. Mungkin persepsi orang lain tidak sama. Tapi masalah utama yang selalu aku hadapi adalah second thought. Biasalah bila aku dah lukis SnR, kadang-kadang kita bandingkan dengan sahabat sahabat trader yang lain. Bila tengok lukisan diorang, eh, kenapa dia punya SnR jauh sangat dari aku punya? Aku salah ke dia salah?

Atau paling mudah adalah nak cuba detect chart reversal. Contohnya Double Bottom. Aku nampak chart dah buat double bottom sebab pattern W tu dah nampak terang terang dah. Ada dua bounce, jarak antara bounce pun jauh, volume lak kering. Tapi ada trader lain nampak ia sebagai rectangle sahaja yang akan meneruskan kejatuhan.

Jadi, bila melukis ni nak tak nak aku takkan lari dengan persepsi. Tapi tidak dinafikan bahawa chartist ni bila dah betul lukisannya, ia akan menjadi leading indicator yang sangat tinggi akurasinya. Maaf, aku tak dapat nak master sebab bagi aku susah sangat nak dapatkan lukisan SnR yang paling cocok dengan aku. Aku asyik ubah garisan je sebab tak pasti.

Kemudian aku beralih kepada penggunaan Indikator. Trader yang gunakan indikator dinamakan sebagai Technician. Menjadi trader Technician ni cukup mudah sebab indikator are very straightforward dan data yang ditunjukkan adalah konsisten sebab ia menggunakan rumus matematik dan statistik untuk menghasilkan sesuatu data. Maksud konsisten bukan winning rate sahaja ye, tetapi sekali dengan losing rate.

Jadi aku pun banyak bermain dengan indikator, gabung trend indi ngn oscillator dan sebagainya. Akhirnya aku rasa aku paling sesuai untuk menjadi Technician trader kerana memang jiwa aku. Aku kalau buat kerja memang perlukan checklist dan urutan waima nak basuh baju pun aku ada urutannya. Aku akan jadi serabut kalau aku langgar urutan tersebut. Contohnya, nak basuh baju aku suka lambak dulu semua baju kotor sampai penuh, baru aku basuh. Lepas basuh baru sidai, lepas sehari baru angkat.

Terpulang kepada korang nak pilih yang mana. Semua ada pro and con. Technician trader masalah dia adalah lagging indi tetapi consistency data dia memang champion. Chartist pula memang pro leading indicator tetapi part consistency dia problem sikit. Nak hit consistency perlukan latihan bertahun2 baru leh kata otai.

Semoga anda semua berjaya menjadi seorang trader yang dirahmati Allah. Inshaa ALLAH Amiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →