Bismillahirrahmanirrahiim
Dividen adalah salah satu cara bagaimana untuk menjana keuntungan melalui pelaburan saham. Dividen diagihkan berdasarkan kepada berapa banyak unit yang dimiliki oleh seseorang pelabur. Pembayaran dividen juga boleh jadi dibayar sehingga 4 kali dalam setahun. Menarik bukan? Artikel kali ini akan cuba menerangkan tentang cara meniali saham dividen dengan dividend yield.
Info Berkaitan dengan Dividend Yield.
Untuk menilai saham dividen, penggunaan maklumat dividend yield amatlah penting. Ia menunjukkan kita kita berapakah peratusan keuntungan yang boleh diperolehi sekiranya syarikat konsisten untuk membayar dividen kepada pelabur. Cara pengiraan dividend yield adalah seperti dibawah
Dividend Yield (%) = (Latest 12 Month Dividend Per Share / Current Share Price) x 100
Strategi Menilai Saham Dividen dengan Dividend Yield
Terdapat banyak cara untuk menggunakan maklumat ini dalam menilai sesebuah syarikat. Pertama sekali adalah berdasarkan kepada sasaran ROI pelabur. Contohnya, jika pelabur mensasarkan ROI sebanyak 6% setiap tahun dan syarikat membayar sebanyak RM 0.06 sesaham, pelabur haruslah membeli saham tersebut ketika berharga RM 1.
Namun, cara ini ada kelemahannya kerana harga saham tidak mempamerkan nilai intrinsik perniagaan tersebut. Ia hanya digunakan untuk mengira ROI yang telah diset oleh pelabur itu sendiri. Seandainya pelabur ingin ROI yang tinggi maka harga yang perlu disasarkan juga perlu serendah yang mungkin. Namun cara ini agak sukar kerana anda terpaksa menunggu sehingga harga jatuh di tahap yang anda inginkan.
Selain itu jika anda beli saham dividen pada harga yang tinggi juga boleh merencatkan pulangan anda. Namun secara positifnya anda akan mempunyai beratus-ratus senarai saham yang boleh anda beli bagi tujuan keuntungan dividen. Oleh itu pelabur boleh melaraskan keinginan mereka dalam mendapatkan ROI yang baik serta mendapatkan list saham yang membayar dividen.
Untuk menentukan bahawa saham dividen yang anda miliki tidak terlalu aggresive ataupun conservative, cara terbaik adalah dengan membandingkan pulangan dividen tersebut dengan pelaburan yang berasaskan risk free rate of ROI. Contohnya adalah Fix Deposit. KWSP serta ASB yang mana tiada kerugian modal yang dihadapi oleh pelabur.
Amnya, KWSP membayar sekitar 5-6% dalam setahun untuk para pencarum. Oleh itu, saham dividen yang baik adalah anda pilih dividen yang mampu membayar lebih dari rate tersebut. Jika terlalu rendah dari pulangan KWSP, lebih baik anda melabur dalam KWSP yang mana modal terjamin oleh kerajaan, berbanding melabur sendiri dan menghadapi capital depreciation. Jadi, pastikan Dividend Yield yang diterima lebih tinggi dari pulangan KWSP.
Cara seterusnya adalah dengan melihat dividend yield history untuk 10 tahun lepas. Setiap syarikat mempunyai nilai tersendiri yang diberikan kepada pelabur. Seperti Nestle, ia konsisten membayar dividend kepada pelabur dalam tempoh 10 tahun ke belakang. Kita dapat lihat rate dividend yield untuk nestle adalah sekitar 1.7%-5.4% dari tahun 2010 kebelakang. Walaupun kelihatan rendah, namun Nestle tidak pernah miss untuk membayar dividend kepada pelabur kerana syarikat yang kukuh serta model perniagaan yang defensif.
Kesimpulan
Melabur untuk mendapatkan pulangan melalui saham dividen adalah satu strategi yang sangat selamat. Sementara anda menunggu untuk mendapat pulangan dari segi capital appreciation, anda akan diberikan dividen secara berkala dan boleh gunakan pulangan tersebut untuk mendapatkan ruang pelaburan yang lain. Berbeza dengan mereka yang menggunakan strategi Growth Investing yang mana fokus kepada pertumbuhan modal sahaja. Sekian terima kasih. Alhamdulillah
Sumber : Dividend Growth Investing
Baca lagi : Impak Dasar Kerajaan Terhadap Perniagaan