Bismillahirrahmanirrahiim
Semua yang terlibat dalam pelaburan dan trading saham ingin berjaya. Istilah berjaya ini boleh dimaksudkan sebagai berjaya membuat keuntungan daripada aktiviti trading saham. Dari situlah kita dapat menampung perbelanjaan harian mahupun komitment bulanan betul? Artikel kali ini akan menerangkan cara jadi trader berjaya melalui sudut pandang penulis Choong Ty’ng Ty’ng.
5 Langkah Cara Jadi Trader Berjaya
Puan Choong menggariskan ada lima elemen yang perlu diambil kira dan semuanya mempunyai proses tersendiri untuk membentuk setiap elemen tersebut. DIbawah adalah elemen yang dimaksudkan oleh beliau.
- Laksanakan analisis sendiri
- Set mindset yang betul semasa trading
- Wujudkan satu trading plan
- Laksanakan trading plan
- Review hasil yang telah diperolehi.
Langkah satu anda harus buat analisis anda sendiri. Tidak kira sama ada fundamental, teknikal ataupun hybrid keduanya, pokoknya anda harus buat sendiri. Hasil analisa anda sendiri, anda akan belajar banyak perkara. Anda juga boleh tengok bagaimana sesuatu teknik itu mampu memberi kesan kepada aktiviti trading anda serta memahami konsep risk and reward dalam meningkatkan kadar kebarangkalian untuk win berlaku.
Kedua, anda harus mempunyai mindset yang betul untuk trade. Cara jadi trader berjaya adalah anda harus tahu bahawa trading adalah satu aktiviti berjangka pendek. Oleh itu penggunaan stoploss sama ada soft atau hard stoploss adalah perkara yang mesti bagi seorang trader. Tiada istilah hold sampai biru kerana ia tak menepati mantra seorang trader untuk cut small and win big.
Ketiga, anda harus ada satu trading plan. Trading plan akan memacu aktiviti trading anda. Ia ibarat ceklist yang perlu anda lakukan setiap kali ingin melakukan trading. Contohnya, lihat pada trend, kemudian lukis snr dan akhirnya tunggu signal terjadi pada garisan SnR. Dari sudut fundamental pula anda akan lihat sama ada terdapat news news yang boleh memberi catalyst kepada pergerakan kaunter itu sendiri.
Seterusnya, sudah ada trading plan, anda kena laksanakan berdasarkan apa yang telah anda gariskan. Ia memerlukan disiplin yang tinggi kerana seringkali trader akan terkena satu masalah iaitu second opinion. Dalam trading berbagai probability boleh terjadi, biarpun 100 orang kata sell, tetapi jika analisis anda kata buy, anda perlu Buy.
Terakhir cara jadi trader berjaya adalah anda kena review trading plan anda. Lihat sama ada ia memberi impak positif ataupun negatif pada amaun pelaburan anda. Jika ia memberi pulangan yang positif, terus gunakan set yang sama. Namun jika negatif, anda harus menilai semula apakah ada elemen atau faktor yang anda tidak ambil kira semasa anda melakukan aktiviti trading.
Kesimpulan
Saya telah menerangakn tentang cara jadi trader berjaya yang ditulis oleh Puan Choong. Sebenarnya, ada banyak nasihat-nasihat yang boleh anda dapatkan melalui trader yang lain. Namun, bagi saya Puan Choong antara orang yang berkredibel kerana ia mempunyai pengalaman yang luas serta mempunyai penglibatan dalam sektor pelaburan serta perbankan. Sekian terima kasih. Alhamdulillah
Sumber : Jumpstart in Stock and Future Trading
Baca lagi : Teknik Multi Time Frame