Kenapa Melabur Dalam Bursa Saham Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

Bursa merupakan satu tempat yang menghimpumkan seluruh pasaran saham di dalam sesuatu negara pada satu tempat. Disinilah buyer dan seller akan berkumpul dan membeli saham yang menjadi pilihan hati mereka sebagai aset pelaburan pada masa akan datang. Artikel kali ini akan menerangkan kenapa melabur dalam bursa saham Malaysia berbanding di negara lain.

Info Mengenai Bursa Saham Malaysia

Sehingga kini, Bursa Saham telah menyenaraikan sehingga 900+ saham yang boleh diniagakan di dalam pasaran saham. Dari 900 lebih saham yang ditawarkan, 700 lebih adalah patuh syariah dan ini memberikan kelebihan kepada penganut agama Islam untuk memilih kaunter yang mereka inginkan dalam masa yang sama selaras dengan kehendak agama Islam.

Bursa saham Malaysia juga mempunyai banyak produk produk selain daripada Saham. Antara produk yang ditawarkan adalah produk pasaran derivatif yang terdiri daripada future, forward, option dan swap. Selain itu, produk ETF, REIT serta Bon atau Sukuk yang diapungkan juga boleh dibeli di pasaran Bursa. Pembeli dan Penjual boleh melihat dengan jelas berapakah harga yang sedang diapungkan tanpa sebarang selindung.

Sebab Melabur Dalam Bursa Saham Malaysia

Terdapat empat perkara yang saya ingin utarakan berkenaan dengan kelebihan melabur dalam bursa saham Malaysia iaitu :

  1. Tiada risiko pertukaran wang asing
  2. Informasi yang mudah untuk dicapai
  3. Waktu pasaran yang sesuai dengan keadaan setempat
  4. Kelebihan di tempat sendiri.

Amnya, jika anda melabur di pasaran global seperti US, anda akan terdedah dengan rate pertukaran kadar matawang asing. Bukan itu sahaja, anda juga akan dikenakan charge spread oleh 3rd party yang menguruskan pertukaran wang anda. Selalunya mereka akan ambil sekitar 2-5% daripada jumlah amaun yang anda ingin tukar. Contohnya, jika anda deposit dengan kredit kad sebanyak USD 100, maka mereka akan caj anda sebanyak USD 5 sebagai service caj.

Kedua, jika anda melabur dalam bursa saham Malaysia, semua maklumat berkenaan dengan syarikat yang anda ingin laburkan agak mudah untuk anda dapatkan info. Semua maklumat berkenaan dengan syarikat boleh diperolehi melalui Bursa Malaysia sendiri dan apa apa sahaja aktiviti corporate exercise haruslah dipaparkan kepada orang ramai tanpa disorok oleh pihak syarikat.

Waktu Bursa Saham Malaysia Didagangkan | Aku Pedagang Jawa
Waktu pasaran Bursa Saham Malaysia

Ketiga, waktu pasaran dibuka adalah bersesuaian dengan rakyat Malaysia. Bursa Malaysia dibuka dari jam 0830H sehingga 1700H. Ketika ini kebanyakan rakyat Malaysia sedang bekerja dan boleh memantau dan membeli saham yang mereka inginkan pada waktu tersebut. Bayangkan jika anda trade pada pasaran global seperti US, anda terpaksa ikut dengan waktu pasaran mereka dari jam 2130H sehingga 0600H keesokan harinya. Ini bakal mengganggu masa tidur anda.

Kelebihan terakhir kenapa melabur dalam bursa saham Malaysia adalah anda berada di tempat anda sendiri. Maka anda lebih tahu apa yang terjadi dalam negara. Contohnya bencana alam ke, trend sosial semasa ataupun peluang pekerjaan dalam negara. Contohnya, anda tahu MILO adalah minuman yang popular di Malaysia, maka pasti anda dapat merasakan jika anda melabur dalam syarikat ini, selagi MILO kekal sebagai minuman yang popular, selagi itulah anda akan meraih keuntungan dari segi dividen ataupun capital gain.

Kesimpulan

Saya telah menggariskan emapt kelebihan melabur dalam bursa saham Malaysia. Setiap bursa mempunyai kekuatan yang tersendiri dan saya melihat bursa Malaysia antara bursa yang mempunyai potensi yang tinggi berdasarkan bacaan Price to Earning ratio yang rendah dan juga kadar perkembangan yang lebih berpotensi berbeza dengan negara negara serantau.

Sumber : Jumpstart in Stock and Future Trading

Baca lagi : Cara Jadi Trader Berjaya

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →