Semak Tahap Kematangan Trading Anda

Bismillahirrahmanirrahiim

Trading adalah satu aktiviti yang sangat stressful sebenarnya. Ia banyak menguji kesabaran dan psikologi anda sebagai seorang trader. Siapa yang berjaya mengawal emosi dia sama ada ketika profit dan juga ketika loss, dia boleh kekal lama dalam bidang ini. Sebab itulah, bidang ini ramai yang boleh join, tapi persoalannya berapa ramai yang cukup persistence untuk stay.

Semak Tahap Kematangan Trading Anda

Apa yang saya terangkan ini bukanlah satu benda yang absolute, yang konkrit. Tidak. Ini cuma pengamatan saya sahaja sepanjang 8 tahun bergelar trader. Tahap kematangan tidak boleh diukur berdasarkan berapa lama anda trade, tetapi reaksi anda terhadap pasaran. Jujur saya katakan, tahun keenam trading baru saya boleh katakan diri saya matang dalam bidang ini.

Dibawah adalah merupakan tanda-tanda anda sudah matang dalam trading.

  1. Anda tidak merasa euphoria dengan profit. Tak ada lagi nak screenshot dan post kat social media.
  2. Bila anda loss, anda just, Nahhhh….Nak buat camne, cuba lagi je la
  3. Anda dah mula malas nak tengok chart.
  4. Anda dah mula hilang stim dengan bidang ini.
  5. Anda dah tak nampak chart pattern bila tengok gunung ganang.
  6. Trading plan anda complete, ada entri, TP, SL, reasoning.
  7. Anda follow trading plan. Bila cut, terus cut, bila hit target terus exit.
  8. RR, position sizing anda rendah 1-5% sahaja.
  9. Anda dah mula ada quote, tak naik, dia turun, yang penting chart bergerak ke kanan.

Tak ada langsung faktor masa yang saya berikan disini. Saya tak nafikan masa juga akan memainkan peranan kerana ia juga menunjukkan berapa kerap anda terdedah dengan market dan juga sepak terajang market itu sendiri. Namun, ada yang saya lihat walau dah lebih 10 tahun dalam bidang ini, mereka masih tercari-cari.

Kesimpulan

Buat rileks sahaja. Just sit back and enjoy the process. Rezeki milik ALLAH Taala. Kita tak boleh nak tentukan langsung rezeki kita. Apa yang kita boleh buat, USAHA. Itu sahaja kelebihan yang ALLAH Taala berikan kepada kita untuk berjaya dalam bidang ini.

Alhamdulillah.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →