Bismillahirrahmanirrahim
Pada minggu ini saya melihat terdapat peluang pelaburan untuk dana unit amanah yang mana saya percaya harga semasa dalam keadaan diskaun yang boleh beli pulangan yang menarik dalam tempoh 3 tahun ini. Unit amanah itu dari syarikat AHAM AIIMAN dan mari kita lihat berkenaan dengan unit amanah tersebut.
AHAM AIIMAN Balanced Fund
Ya, inilah dana unit trust yang aku lihat sangat berbaloi untuk dibeli. Kenapa? Sebab ia adalah unit amanah yang berkualiti yang sedang dijual pada harga diskaun. Sebelum itu mari kita lihat dahulu maklumat berkenaan dengan unit amanah ini.
- Saham ini mempunyai objektif untuk mendapatkan keuntungan melalui kenaikan harga saham dan juga dividend dari saham-saham yang dibeli.
- Caj jualan untuk dana ini paling tinggi adalah 5.5%
- Caj tahunan sebanyak 1.5%
- Pelaburan serendah RM 200, dan RM 100 untuk pelaburan tambahan.
- Dana ini patuh syariah.
Dana ini memberi fokus untuk melabur kebanyakkan di dalam saham sektor industri. Manakala untuk sukuk, kebanyakan sukuk yang dipilih adalah dari syarikat yang mempunyai kredit rating AA. Kebanyakan saham dan sukuk adalah di dalam Malaysia. Oleh itu ia tidak akan terkesan dengan perubahan kadar tukaran matawang asing.
Secara teknikalnya, harga saham ini telah jatuh secara berturut-turut selama tiga tahun. Kemudian, terbentuk resistance pada harga RM 0.39. Pada 29 Mac 24 harga berjaya memecahkan resistance sehingga mencapai harga RM 0.43 kemudian turun semula mungkin disebabkan pembayaran dividen. Kini harga adalah RM 0.39 dan sasaran kita adalah untuk cuba capai semula harga setinggi RM 0.50 yang mana ia bakal memberikan pulangan sebanyak 20% dari segi capital gain sahaja.

Secara fundamental, kita dapat lihat fund ini berjaya outperform benchmark sejak dana ini dilancarkan. Namun ada sedikit peringatan yang perlu kita lihat yang mana rating morning start untuk dana ini adalah sekitar 2 bintang sahaja. Bagi saya ia agak berisiko untuk dibeli namun apabila dilihat harga yang menarik dan diversifikasi dana ini, saya berani untuk membeli.

Kesimpulan
Keputusan pelaburan adalah ditangan anda. Walaupun anda tersalah beli dana ini, dana ini mempunyai diversifikasi yang besar dari segi pemilihan saham dan juga instrumen kewangan yang mencakupi saham dan juga sukuk. Walaupun capital gain sedang rugi, anda masih boleh menikmati pembayaran dividen dari dana ini,
Alhamdulillah