Analisa Kaunter Fajarbaru Builder Group

analisa kaunter fajarbaru

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan analisa kaunter Fajarbaru yang saya lihat adanya setup yang memuaskan untuk swing. Secara amnya, syarikat ini telah menjalankan perniagaan yang khusus berkenaan dengan pembalakan dan perladangan. Mari baca analisa kaunter Fajarbaru seperti dibawah.

Analisa Fundamental

Secara amnya, saya telah melakukan perbandingan antara prestasi Quarter semasa dengan Quarter sebelumnya. Saya berpuas hati dengan kaunter ini kerana kita dapat melihat prestasi kenaikan keuntungan yang mana quarter sebelum ini keuntungan bersih adalah sebanyak 3.12% dan quarter semasa adalah sebanyak 6.17%. Kenaikan hampir 100% ini merupakan satu signal bahawa syarikat ini sedang berada di landasan yang betul iaitu buat untung.

Kemudian, kita lihat pula dari sudut aset dan liabiliti. Perkara ini penting kerana sekiranya ada isu berlaku pada perniagaan syarikat ini, adakah mereka mampu survive atau terpaksa berhutang dan bergolok gadai untuk menyelamatkan bisnes mereka. Saya dapati, jumlah aset melebihi daripada jumlah liabiliti. Oleh itu, syarikat ini tidak perlu untuk berhutang besar demi menyelamatkan perniagaan mereka kelak.

Analisa Teknikal

Secara amnya, kita dapat lihat bahawa harga dalam keadaan menurun. Selepas saya amati, penurunan tersebut lebih kepada bentuk retracement, iaitu akan ada satu masa harga akan rebounce semula. Boleh kita katakan harga sedang uptrend dan menunggu untuk naik semula. Mari kita lihat satu persatu untuk analisa teknikal.

TREND – Timeframe W1 menunjukkan harga sedang uptrend dan harga semasa dalam keadaan retracement. Selepas diukur menggunakan Fibonacci Retracement Tool, harga telah jatuh di dalam zon 0.618 – 0.786. Ini adalah antara golden ratio yang baik untuk harga rebounce semula.

PATTERN – Saya juga dapat mengesan pattern regular Bullish Divergence di dalam carta Fajar Baru. Di dalam MACD saya dapat lihat persilangan MA menjadi semakin manakala harga antara kedua-dua low dalam paras yang sama.

SIGNAL dan VOLUME : Secara amnya, signal telah keluar iaitu wujudnya candle Bullish Heiken Ashi, disusuli dengan volume break average 20 days. Namun, disebabkan range yang terlampau kecil dan agak berisiko, saya mengambil pendekatan untuk harga break Upper Broadband di timeframe D1 untuk lakukan signal.

SL dan TP

TP – Saya akan letakkan TP saya pada All Time High (RM0.56)
SL – Saya akan letakkan SL saya 1 bid dibawah swing low ( RM 0.35)
EP – Anggaran saya letak adalah RM 0.39 iaitu harga yang berjaya break Upper Broadband.

Dengan set up diatas, saya bakal mendapatkan pulangan risk and reward sebanyak 4.25 atau 43.59% untuk sasaran seperti diatas. Namun, buat masa ini ianya hanyalah satu set up sahaja, selebihnya kita serahkan kepada Allah Taala atas urusan rezeki.

Kesimpulan

Saya telah menjelaskan tentang analisa kaunter Fajar yang saya lihat sangat baik untuk dibeli kerana secara fundamental dan teknikal telah memberikan gambaran yang jelas untuk trader membeli kaunter ini bagi tujuan swing. Diharap, ianya dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Sekiran terima kasih.

Alhamdulillah

Potensi Pelaburan Unit Amanah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →