Analisis Kaunter Global Teradyne

analisa kaunter global teradyne

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan analisis kaunter global Teradyne. Saya lihat secara kasar fundamental dan teknikal analisis terlihat agak cantik. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan anda semua. Mana tahu, ada rezeki untuk kita semua oleh ALLAH SWT melalui usaha membeli saham ini.

Kaunter Global Saham Teradyne

Syarikat ini menjalankan perniagaan semikonduktor, pertahanan dan juga aerospace. Dengar sahaja industri yang mereka niagakan, kita tahu bahawa perniagaan mereka bukan calang-calang yang mana memerlukan modal yang besar serta sokongan kerajaan untuk bertapak kukuh. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan kini bertapak di North Reading MA.

Fundamental Analisis Kaunter Global Teradyne

Secara amnya saya melihat kaunter ini adalah kaunter yang baik. Saya semak pada kuarter sebelum ini ia telah mempunyai keuntungan yang meroket sehingga 25.52% net margin. Namun pada kuarter seterusnya keuntungan telah sedikit menurun kepada 19.75%. Bagi saya ia adalah satu penurunan yang berkadar sementara kerana keuntungan yang meroket sebelum ini dan syarikat masih di dalam posisi untung.

Seterusnya, jika saya bandingkan antara kadar aset dan kadar liabiliti, saya dapat lihat aset syarikat lebih banyak berbanding daripada liabiliti. Kadar liabiliti sekitar 272 juta USD manakala aset yang dimiliki pula adalah sebanyak 1.93 billion USD. Oleh itu, pemilik tidak perlu khuatir untuk mendapatkan pinjaman dari bank sekiranya perniagaan kurang berjaya pada suatu tempoh.

Teknikal Analisis Kaunter Global Teradyne.

Kaunter ini jika dilihat pada timeframe Weekly, ia adalah uptrend yang sedang dalam proses retracement. Penurunan tersebut telah mencecah sehingga golden zone iaitu antara 0.618 sehingga 0.786. Kemudian kita boleh lihat harga rebounce dan menaik. Saya percaya, rebounce tersebut akan bertukar kepada pergerakan wave uptrend seterusnya.

Pada timeframe D1 pula, saya dapat melihat terjadinya pembentukan regular bullish divergence. Harga chart yang makin menurun manakala garisan MACD semakin menaik. Ia ditambah lagi dengan wujudnya signal Heiken Ashi yang disokong dengan volume yang berjaya memecah volume purata untuk 20 hari kebelakang. Oleh itu ia adalah petanda untuk saya membeli saham ini.

SL TP dan ENTRI

Memandangkan harga yang telah naik agak tinggi, saya mencadangkan untuk membeli pada kawasan RBS yang terdekat iaitu 112.22. Saya meletakkan SL pada swing low iaitu pada harga 100.22 manakala TP pada 162.65. Dengan sasaran TP dan SL ini bakal memberikan pulangan sebanyak R4.2 Ia adalah satu pulangan yang baik untuk saya beli.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang analisis kaunter global Teradyne yang terdiri daripada fundamental analisis dan juga teknikal analisis. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahiim, saya doakan agar kita semua berjaya meraih keuntungan dari pasaran saham. Inshaa ALLAH.

Sumber lain : Analisis Kaunter Fajar Builder Group

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →