Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan melakukan analisis untuk kaunter NGGB. Pada hemat saya kaunter ini telah mempunyai setup untuk kita lakukan entri dan meraih keuntungan yang lumayan. Berikut adalah ulasan teknikal serta fundamental untuk kaunter ini.
Fundamental Analisis.

Dari segi performance, korang dapat lihat terdapat peningkatan drastik dari segi Net Margin yang mana naik secara mendadak. Pada Q1 kita lihat Net Margin sekitar 22.7% tiba-tba meledak sehingga 48.3%. Ia satu perkembangan yang menakjubkan pada syarikat ini.

Kemudian dari segi aset jangka panjang kita dapat lihat bahawa aset syarikat melebihi liabiliti yang ada. Ini bermaksud sekiranya syarikat mengalami waktu-waktu sukar, ia boleh mencairkan aset mereka untuk membayar segala hutang yang sedia ada. Boleh dikatakan keadaan kewangan agak safe dan meyakinkan para kreditor dan juga pelabur.
Teknikal Analisis
Sekarang, kita beralih pula kepada teknikal analisis. Pada TF W1 kita boleh lihat secara jelas harga dalam keadaan uptrend yang mana harga berjaya break Upper Bollinger Band. Harga terkini menunjukkan sedang menurun dan telah retest kawasan Fibonacci 0.786. Kita juga dapat lihat harga mula rebounce dari kawasan tersebut.

Pada timeframe pula saya melihat bullish divergence telah terbentuk. Ia adalah petanda bahawa harga akan naik selepas kemunculan tanda ini. Ditambah dengan kemunculan histogram hijau yang telah muncul di dalam MACD. Namun kita masih lagi perlu menunggu pengesahan dari volume yang mana masih lagi tiada pergerakan yang berjaya memecahkan average volume.

Kesimpulan
Kaunter ini boleh disimpan dahulu di dalam watchlist. Kita monitor setiap hari sehingga ada hari yang mana volume berjaya break average volume MA 20. Selepas itu barulah kita boleh entri dengan senang hati dan juga mula set untuk dapatkan SL dan TP . Inshaa ALLAH