Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini aku ada nampak satu setup dari kaunter cepatwawasan dalam bursa. Jom kita tengok secara teknikal dan fundamental adakah berbaloi untuk kita swing.
Analisa Teknikal
Di dalam TF W1, aku nampak adanya momentum uptrend dan sekarang dalam fasa retracement. Ini boleh dibuktikan yang mana harga berjaya break previous swing hi melalui bantuan indicator Upper Bollinger Band dan harga juga masih tidak memecahkan harga previous swing low (melalui bantuan Lower Bollinger Band. Bila kita tarik fibonacci retracement, kita dapati harga sedang berada di dalam zon antara 61.8 dan 786. Ini adalah antara zon yang dipanggil sebagai golden ratio.
Kemudian, aku zoom in ke dalam D1 untuk mencari pattern Bullish Divergence. Setelah melakukan penelitian kita dapati ada satu pembentukan regular bullish divergence yang menunjukkan petanda awal untuk harga naik mengikut arah trend. Signal pula kita hanya menunggu MACD bertukar kepada historgram berwarna hijau barulah kita akan entry. Ataupun boleh terus entry berdasarkan signal sebelum ini. Ditambah pula adanya volume yang dah berjaya break MA Vol 20 menunjukkan adanya liquidity untuk menggerakkan harga.
Analisa Fundamental
Secara amnya, kaunter ini boleh dikatakan kaunter yang sihat. Dari segi hutang kita boleh lihat asset melebihi daripada liabiliti. Oleh itu syarikat ini tidak ada masalah sekiranya menghadapi kerugian dalam tempoh terdekat kerana syarikat tidak beroperasi melalui hutang, tetapi melalui keuntungan yang dijana. Seterusnya dari segi keuntungan kita dapat lihat peningkatan dari net income apabila kita buat perbandingan quarter to quarter
Exit Strategi
Kita akan gunakan default R3 untuk trade ini. Saya lihat untuk SL boleh letakkan sekitar harga RM 0.645 dan TP pula adalah RM 0.82. Entri boleh set pada harga RM 0.68. Position Sizing bergantung kepada modal masing- masing. Standard dalam 3-5% sahaja dan yang paling penting dapat cover minimum cost jual dan beli.
Disclaimer
Ini bukan Buycall, Ini hanya pandangan peribadi saya. Risiko atas anda sendiri.