Bismillahirrahmanirrahiim
Rasanya dah lama tak menulis secara serius dalam blog ni. Kebanyakan tulis pun dalam keadaan half cooked disebabkan komitmen tugas hakiki dan rasa malas nak monitor market sekarang. Memandangkan hari ni kita ada rajin sedikit, kita pun cuba browse mana tahu ada fund yang ok untuk monitor.
Belek punya belek, dapatlah satu fund yang sangat lazat untuk dilaburkan. Jom kita berkenalan dahulu dengan fund AHAM Aiiman Asia Ex Japan Growth Fund.
AHAM Aiiman Asia Ex Japan Growth Fund
- Fund Company : AHAM Asset Management
- Syariah Status : Syariah
- Initial Investment : min RM 1,000
- Follow Up Investment : min RM 100
- Sales Charges : Max 6.5%
- Annual Management Fee : Max 1.8% per year
Bagi aku sales charges untuk fund ni agak mahal sebab aku target dalam 5.5% and below sahaja untuk aggresive fund macam ni. Tapi disebabkan faktor susahnya nak dapat peluang entri untuk unit trust ni, kita tutup mata sahaja dengan harapan boleh dapat capital gain yang besar yang boleh cover up sales charges tersebut.
Jom tengok dari segi fundamental. Unit trust ni susah nak tengok fundamental syarikat sebab dia labur banyak syarikat. Jadi untuk dapatkan rating fund tu sendiri, kita akan lihat kepada Morning Star rating ataupun Lipper Rating. Dalam hal fund ni, ia menggunakan Morning Star Rating. Rating ni ada 1 hingga 5 bintang dan fund ni dapat skor 3 bintang. Kira ok la tu. Tambahan kita lihat benchmark lebih outperform tapi fund ni memang follow rapat cucuk.
Kemudian kita tengok pulak dari segi analisa teknikal. Harga downtrend kemudian berubah uptrend dan dah buat sudden pullback. Bila kita check, kejatuhan ni lebih kepada sentimen pasaran global, bila dah reda baru lah dia akan jungkit balik. So, secara teknikalnya, harga dah bawah dari YTD , dah pernah break MA 200 dan sekarang tengah pullback, inilah masanya untuk mencekau sebanyak-banyaknya unit fund ni.
Inshaa ALLAH, jika ada rezeki, takkan kemana. Amiiin.