Apa itu GX Bank

Bismillahirrahmanirrahiim

Baru-baru ini korang ada pernah dengar tak pasal GX Bank? GX Bank kira macam bank digital pertama yang establish di Malaysia dan mendapat kelulusan dan dipantau oleh bank negara sama macam bank yang lain. Jom kita tengok serba sedikit apa itu GX Bank

Apa itu GX Bank

GX Bank adalah bank digital pertama di Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara dan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh itu GX Bank boleh dikatakan beroperasi 100% secara online dan tiada kaunter atau cawangan fizikal untuk korang semua datang. Kiranya macam bank in the pocket ataupun bank on the go. GX Bank berjaya untuk kurangkan kos pengoperasian dengan sangat besar tanpa perlu bayar sewa, tanpa tenaga kerja yang banyak, hanya perlu berikan tumpuan penuh kepada uptime pengoperasian aplikasi mereka sahaja.

Namun, dukacita dimaklumkan GX Bank adalah bank tidak patuh syariah yang menawarkan akaun konvensional sahaja. Oleh itu setiap keuntungan yang korang perolehi di dalam bank korang adalah dalam bentuk interest, bukan hibah ataupun perkongsian keuntungan. Untuk yang beragama Islam, sila jauhi mana-mana produk yang tidak patuh syariah ya.

GX Bank sama seperti bank-bank yang lain. Semua deposit sehingga RM 250,000 diinsuranskan dibawah PIDM. So, kalau lebih dari RM 250,000 korang simpan la pulak dekat bank lain pula untuk elakkan cap RM 250,000 ini. Malah jika korang rasa macam ada suspicious activity dalam akaun korang, korang boleh direct disable account sementara di dalam aplikasi sahaja.

Tapi, macamana nak withdraw duit ek kalau nak beli goreng pisang tepi jalan yang takde QR? Pengguna mereka masih lagi boleh withdraw di mana-mana mesim ATM yang support MEPS Cash. Macam biasa, caj RM 1 akan dikenakan pada setiap transaksi. So, kalau nak withdraw tu pastikan amaun besar, bukan setakat RM 50 sahaja.

Kesimpulan

Bagi aku ada baik dan buruk. Benda buat online ni memang convenience tapi ia terlalu 100% dependent pada satu source. Bayangkan tiba-tiba elektrik cut off dekat Malaysia ni, mana nak dapat sambungan internet. So orang akan back to manual untuk withdraw duit. Pengguna GX Bank terpaksa nganga la sebab takde cawangan fizikal. Huhu.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →