Contoh Saham Income Stock di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

Selain daripada growth stock yang menjadi kegilaan para trader, terdapat satu lagi jenis saham di Malaysia tetapi disukai oleh para pelabur iaitu income Stock. Income stock adalah saham yang memberikan dividen yang kerap kepada para pelabur dan adakalanya pembayaran dividen boleh mencecah 3x setahun. Artikel kali ini akan mendedahkan contoh saham income stock yang ada di Malaysia.

Mengapa Income Stock?

Kebanyakan income stock datang daripada sektor yang bersifat defensif, iaitu sektor yang kurang terkesan dengan keadaan makro ekonomi. Antara sektor yang bersifat defensif adalah consumerism dan juga utiliti seperti air dan elektrik. Disebabkan ia mampu untuk survive dalam apa jua turun naik ekonomi, maka ia mampu untuk mengekalkan momentum pembayaran dividen kepada para pelabur mereka.

Pembayaran dividen mereka juga agak kerap dan ada kalanya membayar sehingga 3x dalam setahun. Namun perlu diingatkan setiap kali pembayaran dividen dilaksanakan, harga saham akan jatuh selari dengan dividen tersebut. Contohnya, harga saham ABC adalah RM 0.50, jika pembayaran dividen adalah sebanyak 1 sen, maka harga saham akan jatuh menjadi RM 0.49 sen selepas ex Date.

Belajar Cara Kira Dividen Saham - Asri Ahmad Academy
Kredit kepada tuan AsriAhmadAcademy atas grafik

Bagi pelabur, ia tidak menjadi masalah kerana objektif mereka adalah mengumpul sebanyak mungkin unit dan mendapat keuntungan daripada pembayaran dividen. Oleh itu, kejatuhan harga yang minima bukanlah masalah bagi mereka kerana jika harga jatuh, maka mereka akan cuba untuk beli lebih banyak kerana harga saham tersebut telah murah dan pembayaran dividen pada masa akan datang akan menjadi lebih tinggi akibat pemilikan unit yang lebih besar.

Perkara yang Perlu di Pertimbangkan

Sebelum saya menunjukkan contoh saham income stock di Malaysia, anda perlu membuat beberapa checklist terhadap saham tersebut. Berikut antara perkara yang menjadi pertimbangan yang perlu anda buat.

  1. Pastikan kaunter tersebut tidak terlibat secara langsung dengan orang-orang politik
  2. Pembayaran dividen akan terjejas akibat daripada kenaikan interest rate yang digunakan untuk mengawal inflasi.

Kaunter yang mempunyai hubungkait dengan orang politik agak berbahaya. Jika parti mereka kalah, kebiasaannya kaunter mereka akan mengalami kejatuhan harga yang agak besar. Malah ada kejatuhan harga yang berlaku tidak mampu ditampung dengan hasil dividen yang diperolehi sebelum ini. Jadi anda harus berhati hati.

Contoh Saham Income Stock di Malaysia.

Disini merupakan antara saham saham income stock yang ada diMalaysia. Anda dinasihatkan untuk melakukan lebih banyak kajian sebelum membuat keputusan untuk membeli saham saham ini.

  1. Tenaga Nasional Berhad (Utiliti)
  2. PETGAS
  3. Malayan Banking Berhad (Finance)\
  4. Zhulian Corporation (Consumer)
  5. Axis Real Estate Investment Trust (REIT)
  6. Nestle (Consumer)
  7. Batukawan
  8. KLK
  9. Panamy
  10. LPI
  11. PETDAG
  12. BAT

Senarai ini ada yang bercampu dengan Non Syariah. Jadi sila cek dahulu status syariah supaya anda tidak terjebak dengan perkara yang haram bagi yang Muslim.

Kesimpulan

Saya telah memberikan contoh saham income stock yang ada di Malaysia. Kepada anda yang memang berminat untuk buat duit dengan dividen, maka saham saham seperti ini haruslah berada dalam Watchlist anda. Malah kebanyakan income stock mempunyai fundamental syarikat yang cukup cantik untuk kita hold seperti hutang yang baik, keuntungan yang berbaoi serta pengurusan yang cekap. Alhamdulillah

Sumber : Jumpstart in Stock and Future Trading

Baca lagi : Kenapa Melabur dalam Bursa Saham Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →