Apa itu Portfolio Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahiim

Dewasa ini, anda boleh melihat berbagai-bagai portfolio pelaburan yang mempunyai beragam tingkat risiko yang boleh dipilih oleh para pelabur baru ataupun lama. Setiap jenis pelaburan mempunyai kekuatan tersendiri dan seni memilih setiap pelaburan ini akan membantu mencapai objektif seseorang pelabur. Artikel kali ini akan menerangkan tentang apa itu portfolio pelaburan.

Apa itu Portfolio Pelaburan

Ia merupakan senarai keseluruhan pelaburan yang terdiri daripada sekumpulan aset yang pelbagai. Amnya, terdapat beberapa aset yang boleh dipilih oleh pelabur untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

  1. Pasaran Kewangan (Fix Deposit)
  2. Pasaran Modal (Bon dan Sukuk)
  3. Pasaran Ekuiti (Saham)
  4. Pasaran Derivatif (Future, Forward, Option, Swap)
  5. Pasaran Hartanah (Rumah, Kedai)
  6. Pasaran Komoditi (Emas, Perak)
  7. Pasaran Kripto (Bitcoin, ETH)
3rd30 042: INVESTING 101 - TYPES OF INVESTMENTS -
Contoh aset aset yang ada dalam pelaburan.

Asas Pembangunan Portfolio Pelaburan

Selain menegetahui apa itu portfolio pelaburan, terdapat beberapa asas yang perlu anda mahirkan dalam membina portfolio pelaburan ini. Asas-asas tersebut terdiri daripada

  1. Penentuan Objektif
  2. Pembahagian Aset
  3. Diversifikasi
  4. Pengimbangan Aset

Sebelum anda bangunkan portfolio pelaburan, anda kena setkan objektif anda. Apa risiko am anda sebagai pelabur sama ada tinggi sederhana ataupun rendah. Kemudian berapa lama anda inginkan pelaburan itu berlangsung. Setiap tingkat risiko mempunyai set portfolio pelaburan yang berbeza-beza. Oleh itu, hanya anda sendiri yang tahu objektif pelaburan anda.

How to build your first investment portfolio | Shares Magazine
Contoh pecahan aset yang telah dilakukan dalam peratusan

Kedua selepas tahu apa objektif anda, barulah anda akan membahagikan aset anda. Jika anda mempunyai objektif ingin dapatkan pendapatan yang stabil tanpa terdedah kepada risiko yang tinggi, maka antara cadangan portfolio pelaburan yang boleh dibangunkan adalah seperti berikut.

Objektif : Mendapat keuntungan yang stabil tanpa terdedah pada risiko pasaran yang tinggi.

  1. Pasaran Wang : 40%
  2. Pasaran Modal : 40%
  3. Pasaran Ekuiti : 20%

Selepas anda membahagikan aset anda, langkah selanjutnya adalah melakukan diversifikasi. Setiap aset boleh dilakukan diversifikasi yang bermaksud anda melabur lebih daripada satu tempat untuk mengelakkan risiko yang tinggi apabila menumpukan pada satu kawasan instrumen pelaburan. Berbalik pada contoh sebelum ini.

  1. Pasaran Wang : Fix Deposit Untuk Tempoh 3 Bulan, 6 Bulan dan 12 Bulan
  2. Pasaran Modal : Sukuk terbitan kerajaan dan sukuk terbitan korporat bertaraf AAA
  3. Pasaran Ekuiti : Pembelian Income Stock yang memberikan dividen yang tinggi

Akhir sekali adalah proses rebalancing ataupun pengimbangan porftolio. Selain mengetahui apa itu portfolio pelaburan, proses ini akan dilaksanakan apabila anda sudah mula menerima keuntungan daripada pelaburan yang dilaksanakan. Katakan anda baru sahaja menjual semua saham dan memberi keuntungan yang tinggi kepada anda kemudian anda ingin melaburkan semula keuntungan tersebut, maka rebalancing akan digunakan untuk memastikan kadar peratusan pelaburan asal masih sama.

Contoh anda ada modal RM 10,000 dan telah dipecahkan berdasarkan langkah sebelum ini.

  1. Pasaran Wang: RM 4,000 (40%)
  2. Pasaran Modal : RM 4,000 (40%
  3. Pasaran Ekuiti : RM 2,000 (20%)

Kemudian, anda menjual saham anda dan mendapat total bersih menjadikan jumlah di pasaran ekuti adalah RM 3,000. Maka jumlah ini telah melebihi daripada 20% (30%) total maksima yang telah ditetapkan. Oleh itu, total baharu akan dicampur semula kemudian diimbangkan dan ini adalah jumlah selepas rebalancing dilaksanakan.

Modal meningkat kepada RM 11,000

  1. Pasaran Wang: RM 4,400 (40%)
  2. Pasaran Modal : RM 4,400 (40%
  3. Pasaran Ekuiti : RM 2,200 (20%)

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang apa itu portfolio pelaburan serta asas-asas yang ada di dalam pembangunan portfolio itu sendiri. Selalunya ia agak rumit bagi pelabur pelabur baru tetapi apaila anda sudah lama dalam bidang ini, sebenarnya ia cukup mudah. Ia hanyalah satu panduan bagaimana untuk anda menyusun aset pelaburan anda sahaja. Sekian terima kasih.

Sumber : Investopedia

Baca lagi : Contoh Saham Income Stock di Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →