Tiga Jenis Peserta Dalam Pasaran Hadapan

Bismillahirrahmanirrahiim

Bagi mereka yang tak tahu, pasaran hadapan merupakan salah satu daripada 4 produk yang terkandung dalam Pasaran Derivatif iaitu Future, Forward, Option serta Swap. Mereka yang mempunyai risk tolerance yang tinggi cukup sesuai untuk trade dalam pasaran hadapan. Hari ini, saya akan ceritakan kepada anda tiga jenis peserta dalam pasaran hadapan.

Apa itu Pasaran Hadapan

Pasaran hadapan merupakan satu produk kewangan yang mana nilainya disandarkan kepada sesuatu entity. Ianya mungkin saham, indeks, ataupun komoditi. Namun di Malaysia, pasaran Hadapan yang paling popular adalah Pasaran FCPO. Pasaran FCPO merupakan pasaran terbesar di Dunia yang mana ia menjadikan pasaran ini sangat liquid dan mudah untuk dicairkan bagi aktiviti trading.

Tiga Jenis Peserta dalam Pasaran Hadapan

Setiap pelabur atau trader yang engage dengan pasaran hadapan mempunyai objektif yang tersendiri. Ada yang berusaha gunakan ia sebagai lindung nilai dan ada pula yang gunakan ianya sebagai tempat untuk mencari keuntungan. Di dalam pasaran Hadapan, anda boleh lakukan keuntungan melalui dua cara iaitu Buy ataupun Sell. Berikut merupakan jenis peserta dalam pasaran hadapan.

  1. Speculator
  2. Hedger
  3. Arbitrage

First, speculator adalah jenis peserta dalam pasaran hadapan yang mana objektifnya adalah untuk mendapatkan keuntungan dari segi perbezaan harga beli dan jual ataupun jual dan beli. Jika ia lihat pasaran cenderung untuk bullish, maka mereka akan buy dan sebaliknya. Aktiviti ini sangat berisiko kepada mereka yang baru sahaja menjinakkan diri dalam pasaran hadapan.

Kedua adalah hedger. Hedger menggunakan pasaran hadapan sebagai alat lindung nilai. Walaupun mereka mungkin terlepas daripada kebarangkalian untuk profit dengan harga yang lebih tinggi, namun, risiko yang terlampau tinggi membuatkan mereka lebih selesa untuk mengikat harga sesuatu aset tersebut pada satu tahap harga yang mereka selesa.

Ketiga adalah arbitrage. Objektif arbitrage seperti lebih kurang macam speculator tetapi ia lebih advance sedikit. Arbitrageur akan melihat anomali antara dua pasaran dan mengambil kesempatan daripada kelemahan dua pasaran tersebut. Jadi, daripada perbezaan harga antara dua pasaran inilah para artbitrage boleh meraih profit dengan mudah. Ia tak perlukan kepada klasik analisa fundamental teknikal sebagainya, hanya mengambil kesempatan daripada kelemahan pricing yang terjadi antara dua market.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang tiga jenis peserta dalam pasaran hadapan. Amaran, pasaran hadapan sangat berisiko tinggi. Jika anda tidak mempunyai modal sanggup lebur serta disiplin yang tinggi dalam trading, anda disarankan untuk tinggalkan produk kewangan ini. Walaupun ianya nampak cukup mewah, namun, trading is all about psychology. Takut anda tak mampu tanggung loss yang tinggi seperti saya.

Alhamdulillah

Sumber : Jumpstart in Stock and Future Trading

Baca lagi : Apa itu Portfolio Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →