Kelebihan dan Kekurangan Futures Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Dewasa ini kita dapat menyaksikan bahawa promosi terhadap produk futures semakin hangat mendapat sambutan dari kalangan trader. Manakan tidak, 1 tick pergerakan harga mempunyai nilai lebih kurang RM 25 untuk FCPO dan RM 50 untuk FKLCI, ia memberikan satu peluang menjana keuntungan yang luar biasa. Artikel kali in akan menerangkan mengenai kelebihan dan kekurangan futures trading.

Kelebihan Futures Trading

Kelebihan utama dalam futures trading adalah market dua hala iaitu seorang trader boleh mengambil posisi sama ada buy mahupun sell. Bagi yang mengambil posisi buy, kenaikan harga akan mendatangkan keuntungan kepada trader manakala kejatuhan harga akan memberi keuntungan kepada trader yang mengambil posisi sell.

DIsebabkan kelebihan dari segi pasaran dua hala, maka trader boleh buat duit sama ada dalam keadaan market yang merudum mahupun menaik. Jadi, mereka tidak kisah dengan keadaan ekonomi dunia kerana faktor fleksibiliti yang diperolehi di dalam futures trading. Kemahiran analisa teknikal sangat sangat diperlukan memandangkan anda boleh melihat banyak entri sama ada buy mahupun sell.

Kedua, produk futures menawarkan leverage kepada trader. Faktor leverage inilah yang membuatkan mereka yang mempunyai modal yang kecil boleh engage dalam pasaran derivatif. Bagi pasaran FCPO, negara kita mempunyai banyak broker yang menawarkan leverage yang bersifat islamik, iaitu tiada pembayaran faedah bagi aktiviti pembiayaan yang diberikan oleh broker. Contohnya, jika anda ingin membeli nilai penuh FKLCI anda memerlukan modal sekitar RM 75,000. Namun dengan adanya leverage, anda hanya memerlukan modal sekitar RM 4,000 sahaja.

Futures trading mempunyai kadar volatility yang cukup tinggi. Untuk bergerak dalam 100 ticks sehari adalah perkara biasa dalam produk derivatif. Dalam erti kata lain, high volatility menyumbang kepada mudahnya untuk anda meraih profit yang tinggi dalam pasaran ini. Disebabkan inilah ramai yang boleh buat duit anggaran sekitar RM 500- RM 1000 sehari hanya dari pasaran derivatif.

Seterusnya adalah futures trading mempunyai liquidity yang cukup tinggi. Ini bermakna order anda sangat mudah untuk dicairkan kerana penyertaan yang ramai dari buyer mahupun seller. Kadar kerancakan volume yang tinggi ini menyumbang kepada mudahnya untuk anda liquidate pegangan anda tanpa perlu menunggu sehingga berhari hari hanya untuk membeli atau menjual.

Akhir sekali, ia adalah alternatif kepada anda apabila pasaran saham merudum. Semasa pasaran saham merudum, ramai pelabur akan switch asset mereka kepada pasaran modal iaitu membeli bon atau sukuk yang lebih rendah risiko. Namun bagi trader yang mempunyai risk appetite yang tinggi boleh memilih Futures trading sebagai platform untuk terus buat duit semasa bear market.

Kelemahan Futures Trading

Kelemahan pertama adalah leverage itu sendiri. Walaupun dengan bermodalkan kecil anda boleh membeli pasaran yang berharga tinggi, namun kadar untuk anda margin call juga cukup tinggi. Apabila anda melabur dengan leverage, anda hampir tiada peluang untuk memegang aset tersebut dan perlu monitor dengan teliti kadar margin call yang mana jika harga hit margin call maka force sell atau buy akan berlaku yang bermaksud kerugian anda akan di realised serta merta.

Volatility yang tinggi juga adalah salah satu kelemahan pada anda. Disebabkan terlampau laju, mungkin anda tidak sempat untuk meletakkan level stoploss anda. Malah anda mungkin agak sukar untuk trade secara santai kerana anda terpaksa monitor dengan lebih kerap. Anda juga harus cekap dalam menggunakan fungsi order yang ada dalam broker anda supaya anda tidak tersilap untuk memasukkan order anda.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan futures trading. Bagi saya futures trading ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai modal bakar, ada kemahiran yang tinggi dalam teknikal analisis serta mempunyai disiplin dan emosi yang sangat kental. Jika anda masih belum menguasai salah satu faktor tersebut, maka anda harus bermula sekarang sebelum melangkahkan kaki dalam futures trading. Alhamdulillah

Sumber : Jumpstart in Stock and Futures Trading

Baca lagi : Apa itu Forward Contract

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →