Apa Itu Forward Contract Dalam Pasaran Derivatif

Bismillahirrahmanirrahim

Pasaran derivatif mempunyai empat produk dan forward contract adalah salah satu produk yang tersenarai di dalam pasaran derivatif. Ramai yang tak berapa kenal dengan produk ini kerana ianya tidak begitu popular dalam kalangan trader atau pelabur di Bursa. Artikel kali ini akan menerangkan apa itu forward contract dan bagaimana ia berfungsi.

Apa itu Forward Contract

Forward contract merupakan perjanjian persendirian yang dilakukan antara dua pihak yang mana pembeli berjanji untuk membeli aset dari penjual pada harga yang dipersetujui pada tarikh yang telah ditetapkan. Biasanya komoditi seperti soya dan kelapa sawit antara aset yang biasa digunakan di dalam forward contract memandangkan buyer atau seller ingin mengikat terus harga jual beli tanpa terkesan dengan naik turun harga pasaran.

Bagaimana Forward Contract Bekerja

Untuk memahami cara ia bekerja selain mengetahui maksud apa itu forward contract, adalah lebih mudah jika kita menggunakan contoh yang senang difahami. Katakan ada sebuah syarikat perladangan kelapa sawit mempunyai kapasiti menghasilkan sebanyak 10,000 tan metriks minyak sawit pada tahun ini. Namun pemilik ladang gusar dengan harga turun naik buah sawit yang mana ia mungkin akan mengakibatkan kerugian kepada pemilik.

Jadi untuk melindungi daripada risiko turun naik harga tersebut, pemilik ladang telah mengikat satu kontrak dipanggil forward kontrak yang melindungi diri beliau daripada kejatuhan harga kelapa sawit. Malangnya andai harga sawit meningkat, beliau tidak boleh menjual pada harga semasa dan perlu menjualnya pada harga yang telah dipersetujui.

Beza antara Forward dan Future Contract

Biasanya kita akan terkeliru antara kedua contract ini kerana ia kelihatan seperti sama. Namun terdapat karakteristik yang sangat jelas membantu anda dalam membezakan antara dua kontrak ini. Sila rujuk jadual dibawah untuk lebih kefahaman tentang perbezaan dua produk ini.

Forward ContractFuture Contract
Didagangkan secara privateDidagangkan di Bursa Exchange
Lebih CustomizedMempunyai perjanjian standard
Berisiko menghadapi Credit Risk Rating (Orang tak bayar)Hampir tiada kerana terdapat Clearing House yang mengawal penyelesaian penuh contract

Contoh Kesan Turun Naik Dalam Forward Contract

Maksud apa itu forward contract telah diterangkan secara jelas sebelum ini. Kini kita akan lihat sedikit contoh apa yang bakal terjadi sekiranya harga asetyang disandarkan itu berubah. Katakan satu forward contract ini menggunakan gandum sebagai underlying aset di dalam contract tersebut. Untuk 300 gantang gandum, harganya adalah bernilai sebanyak RM 900.

Setelah beberapa bulan, harga tersebut telah meningkat menjadi RM 1,100. Seller terpaksa menjual gandum mereka pada RM 900 sahaja berbanding RM 1,100 pada harga terkini. Oleh itu, Buyer mampu membeli gandum tersebut dengan diskaun sebanyak RM 200 dan kemudian boleh menjualnya semula pada harga pasaran untuk meraih keuntungan yang diperolehi.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan apa itu forward contract, cara bekerja serta contoh apa yang akan terjadi seandainya harga aset tersebut naik ataupun turun. Secara peribadi, forward contract tidak sesuai bagi trader atau pelabur yang baru kerana terdapat risiko tambahan iaitu Credit Risk serta premium yang perlu dibayar bagi sesuatu forward contract. Sekian terima kasih. Alhamdulullah

Sumber : Jumpstart in Stock and Future Trading

Baca lagi : Tiga Jenis Peserta Dalam Pasaran Hadapan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →