Senarai Pelaburan di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

Semakin meningkat dewasa, semakin banyak perkara-perkara berkaitan pelaburan yang anda ketahui. Jika dahulu anda hanya mengetahui tentang melabur dalam ASB, apabila anda sudah bekerja, bermacam-macam jenis pelaburan yang anda temui seperti Tabung Haji, Koperasi, Simpanan Tetap, KWSP dan sebagainya. Artikel kali ini akan bantu anda mengenali senarai pelaburan di Malaysia.

Senarai Pelaburan di Malaysia

Sememangnya terlampau banyak pelaburan yang sah di Malaysia. Tidak ditambah lagi dengan pelaburan pelaburan scam yang tumbuh seperti cendawan disini. Tetapi masih lagi ramai rakyat Malaysia terjerumus dengan pelaburan scam. Manakan tidak, biasanya mereka memancing dengan ayat seperti MUDAH, UNTUNG CEPAT DAN TERJAMIN manakala bagi pelaburan yang sah disini, terdapat banyak peraturan yang perlu dituruti serta TIDAK BOLEH MEMBERI JAMINAN KEUNTUNGAN kepada pelabur.

Amnya terdapat beberapa jenis pasaran yang perlu ada ketahui. Jenis pasaran tersebut adalah seperti dibawah.

  1. Pasaran Wang
  2. Pasaran Modal
  3. Pasaran Saham
  4. Pasaran Komoditi
  5. Pasaran Hartanah
  6. Pasaran Kripto
  7. Pasaran Derivatif

Pasaran Wang adalah instrument pelaburan yang paling rendah risiko ataupun hampir tiada. Kebanyakan yang melabur dalam pasaran wang selalunya menggunakan produk Fix Deposit atau Simpanan tetap dengan purata pulangan sekitar 2-3% setahun. Jika dahulu Fix Deposit perlu dikunci dalam masa yang lama, ada yang sampai 10 tahun, tetapi pada hari ini Fix Deposti yang paling cepat adalah selama sebulan. Antara produk yang popular dalam Pasaran Wang adalah Fix Deposit 1 Bulan, 3 Bulan, 6 Bulan serta 12 Bulan.

Pasaran wang dijangka kekal stabil minggu depan
Fix Deposit menawarkan pulangan yang rendah dengan risiko yang hampir tiada

Kedua adalah Pasaran Modal. Pasaran Modal ini kurang popular kerana untuk mengakses pasaran modal memerlukan wang yang besar. Minima untuk melabur dalam Bon atau Sukuk secara terus adalah sekitar RM 250,000 jika saya tak silap. Namun, anda mampu untuk mengakses kepada pelaburan ini melalui Unit Trust yang mana hanya memerlukan RM 2,000 sahaja sebagai modal pelaburan. Dalam pasaran Modal, anda memberi pinjam wang anda kepada sama ada syarikat Korporat atau Kerajaan kemudian menerima bayaran keuntungan setiap tahun sehingga tempoh matang.

Ketiga adalah pasaran Saham. Ianya sudah berada dalam kategori risiko tinggi. Anda boleh mendapatkan hak milikan sesuatu syarikat perniagaan dengan membeli syer yang ditawarkan di Pasaran Saham melalui Bursa Malaysia. Selepas membeli saham syarikat tersebut anda layak untuk mendapatkan hak mengundi, hak untuk mendapatkan dividen serta keuntungan dari segi capital gain.

Keempat adalah pasaran Komoditi. Apabila kita merujuk komoditi ia merujuk kepada sumber galian dan tanaman seperti kelapa sawit emas ataupun perak. Pasaran komoditi adalah antara senarai pelaburan di Malaysia yang memerlukan wang yang banyak. Contohnya jika anda ingin membeli emas, sekurang-kurangnya anda harus membeli 1 gram berharga sekitar RM 200-RM 250. Namun, bagi seorang pelabur, mustahil untuk anda membeli hanya 1 gram dan menikmati keuntungan sekadar RM 10-20 selepas menunggu beberapa tahun untuk harga melonjak.

Kelima adalah pasaran Hartanah. Mungkin anda terlibat secara langsung atau tidak, anda bakal membeli rumah juga di Malaysia. Walaupun anda hanya membeli rumah untuk kegunaan sendiri, ia secara tak langsung anda sedang melabur dalam pasaran hartanah. Pasaran ini biasanya memerlukan pinjaman kerana tidak semua antara kita mempunyai simpanan cash yang tinggi. Pasaran ini juga agak sukar untuk dicairkan kerana terlampau banyak prosedur yang perlu dipertimbangkan.

Realiti Pasaran Hartanah di Malaysia 2016
Ia terdiri daripada hartanah komersial ataupun persendirian

Senarai pelaburan di Malaysia yang mula meningkat naik adalah pasaran Kripto. Walaupun ia adalah satu pelaburan baru, namun Market Cap pasaran ini cukup besar hinggakan boleh mengalahkan market cap pasaran saham sesuatu negara. Memandangkan ianya disertai oleh berbagai jenis pelabur dari berbagai negara, tidak mustahil ia untuk mencapai market cap yang cukup besar.

Yang terakhir adalah pasaran Derivatif. Pasaran ini jarang diperkenalkan kerana ia mempunyai tingkat risiko yang terlalu tinggi. Anda boleh mendapatkan keuntungan yang sangat lumayan dan dalam masa yang sama terdedah kepada risiko pasaran yang cukup ekstrem. Semua produk yang berasaskan leverage adalah sangat bahaya bagi pelabur atau trader baru. Contoh produk Derivatif yang popular di Malaysia adalah Future Crude Palm Oil.

Kesimpulan

Terdapat banyak senarai pelaburan di Malaysia yang sah serta dikawal selia oleh bermacam negara. Namun masih ramai lagi yang terjebak dengan pelaburan pelaburan scam yang wujud. Ingat, pelaburan bukanlah skim cepat kaya, ia memerlukan masa untuk tumbuh dan berkembang. Jika anda dihubungi untuk melabur dalam skim yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal, angkat kaki dan pergi dari situ. Alhamdulillah

Sumber : Bacaan Internet

Baca lagi : Kelebihan dan Kekurangan Futures Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →