Bismillahirrahmanirrahiim
Ada pelabur yang membangunkan satu portfolio pelaburan dengan berobjektifkan untuk mendapat dividen secara berterusan dari syarikat yang dilaburkan. Di dalam saham, anda bakal menerima dividen lebih dari sekali dalam setahun. Malah di US, ada saham yang membayar dividen setiap bulan. Namun, anda perlu tahu apa itu dividend payout ratio sebelum memilih saham yang anda ingin laburkan.
Apa itu Dividend Payout Ratio
Ia adalah satu formula untuk mengira berapa banyak dividen yang bakal diagihkan kepada para pelabur. Dalam erti kata lain, berapa banyak duit yang akan syarikat agihkan kepada para pelabur. Contohnya, pada Quarter 1 tahun 2022, syarikat XYZ meraih keuntungan sebanyak RM 1 juta ringgit. Kemudian, pihak pengurusan telah bersetuju untuk membayar RM 200,000 dari keuntungan tersebut kepada para pelabur. Jadi dengan maklumat yang diperolehi, maka kita boleh tahu berapakah dividend payout ratio yang digunakan.
Berikut adalah formula bagaimana untuk mengira dividend payout ratio. Sila rujuk gambar yang saya sertakan dari Google.
Jadi berdasarkan contoh diatas, RM 200,000 dibahagi dengan RM 1,000,000 maka anda akan mendapat jawapan iaitu 0.2 ataupun bersamaan dengan 20%. Jadi, Dividend Payout Ratio (DPR) adalah sebanyak 20%.
Julat Terbaik Dividend Payout Ratio bagi Pelabur.
The best DPR yang selalu pelabur akan sasarkan adalah sebanyak 50-100% untuk mendapatkan bayaran dividen yang baik. Jika DPR berada dalam range ini, biasanya anda mendapat dividend yang agak baik sebagai seorang pelabur. Namun, jika terlalu rendah, mungkin ia tidak akan menarik bagi anda sebagai seorang pelabur. Tujuan seorang pelabur yang mengutamakan dividend adalah mendapat bayaran dividend yang tinggi.
Tetapi, selain anda mengetahui apa itu dividend payout ratio, mungkin anda pernah terlihat DPR yang melebihi daripada 100%. Jika ianya berlaku ia berkemungkinan syarikat menggunakan wang diluar daripada keuntungan mereka. Mungkin ia diambil daripada pinjaman ataupun wang operasi syarikat. Perkara ini bukanlah satu perkara yang baik kerana mereka membayar dividend melalui pinjaman, bukannya melalui keuntungan.
Bagi saya adalah lebih baik mendapat saham yang membayar DPR yang lebih rendah berbanding syarikat yang mempunyai DPR yang melebihi 100% kerana jika DPR rendah, saya sedar bahawa syarikat memang membayar dividend berdasarkan keuntungan mereka, bukan pinjaman. Jika syarikat mula mengumumkan pembayaran dividen yang melebihi 100%, anda mungkin boleh mencari saham lain yang lebih selamat.
Namun begitu, tidaklah ianya satu kesalahan besar jika ia melebihi 100%. saya hanya memberikan satu langkah selamat supaya kita tahu apa risiko yang bakal kita hadapi jika syarikat membayar dividend melalui pinjaman. Selain itu, syarikat yang berasal daripada defensive sector seperti consumerism, energy dan juga utility mempunyai DPR yang cukup tinggi.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan apa itu Dividend Payout Ratio dengan mudah. Saya juga telah menerangkan apakah julat DPR yang terbaik untuk anda pilih supaya saham yang anda laburkan membayar dividend yang baik kepada anda. Inshaa ALLAH saya akan mengupas lebih banyak lagi isu isu teknikal dalam pelaburan saham. Jemput untuk subsribe Telegram channel saya. Terima kasih.
Sumber : Dividend Growth Investing
Baca lagi : Senarai Pelaburan di Malaysia