Impak Dasar Kerajaan Terhadap Perniagaan

Sumber FMT

Bismillahirrahmanirrahiim

Kerajaan adalah satu entiti yang bertanggungjawab untuk menguruskan semua hal-hal negara baik dari segi ekonomi, sosial dan juga keselamatan. Campur tangan kerajaan di dalam perniagaan bukanlah perkara asing lagi kerana mahu tidak mahu mereka pasti akan terlibat sekali dalam sesuatu urusan perniagaan. Artikel kali ini akan mendedahkan impak dasar kerajaan terhadap perniagaan di Malaysia.

Contoh Impak Dasar Kerajaan Positif

Carlsberg and Heineken stop sales of their beers in Russia - TVMnews.mt
Sumber : tvmnews

Terdapat sesuatu dasar kerajaan yang boleh memberi impak positif dan tidak kurang juga impak negatif di dalam sesuatu sektor. Sebagai contoh, Perdana Mentri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005 telah mengumumkan bahawa tiada lagi lesen penghasilan arak yang akan dikeluarkan di Malaysia. Berdasarkan kepada polisi ini, secara tak langsung ia memberi kelebihan kepada syarikat penghasilan arak yang sudah sedia ada di Malaysia iaitu Heineken dan juga Carlsberg Malaysia.

Ini akan mengurangkan persaingan dari pemain industri dan memberikan lebih banyak prospek keuntungan kerana pasaran dikongsi secara duopoli. Berdasarkan sumber daripada Confederation of Malaysian Brewer Berhad, kedua-dua syarikat ini berjaya untuk meraih 90% pasaran arak dan stout di Malaysia. Oleh itu, kedua-dua syarikat ini menunjukkan kenaikan keuntungan yang signifikan iaitu sebanyak 6.1% dan 5.7% CGAR bagi tempoh 10 tahun.

Contoh Impak Dasar Kerajaan Negatif

BAT Malaysia rises 2.5% on better-than-expected results | The Edge Markets
Sumber : The Edge

Kita lihat pula sedikit contoh impak dasar kerajaan yang memberi kesan yang buruk kepada perniagaan. Contoh yang kita akan gunakan adalah kaunter British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT). Pada tahun Sept 13, kerajaan Malaysia telah mengenakan cukai setinggi 14%, diikuti dengan cukai eksais sebanyak 12% pada Nov 14. Malah pada tahun Nov 15, cukai dinaikkan lagi sehingga 32% duti eksais menyebabkan syarikat terpaksa menaikkan harga rokok secara significant.

Pada tahun 2013, harga rokok hanyalah sekitar RM 10.50 dan pada Nov 2015, ia telah meningkat sehingga RM 18 setiap kotak. Dengan kenaikan harga yang mendedak hampir 90%, banyak pengguna telah beralih untuk alternatif yang lebih murah dan kemasukan pesaing baru iaitu Vape atau E-Cigarrete menambahkan lagi luka kepada syarikat tersebut. Kesannya, rekod kewangan kaunter BAT semakin merudum dan harga saham juga telah menurun dari RM 70.76 sen sesaham kepada RM 11.20 sen sesaham pada tahun sekitar 2020.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang impak dasar kerajaan terhadap perniagaan. Dasar kerajaan ini boleh berubah-ubah dan kita sendiri tidak mampu meramal apakah tindakan yang bakal dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, sediakan investment plan anda dan tahu bagaimana untuk exit dari pasaran sekiranya keadaan tidak memihak kepada kaunter yang anda laburkan. Alhamdulillah.

Sumber : Dividend Growth Investing

Baca lagi : Apa itu Asset Light Model

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →