Apa itu Asset Light Model Dalam Pelaburan

Bismillahirrahmanirrahiim

Setiap perniagaan mempunyai model business yang berbeza-beza. Model model ini mempunyai pro dan kontra dan pasti mempunyai peminatnya yang tersendiri. Malah ia juga melengkapi ekosistem dalam jaringan perniagaan itu sendiri. Salah satu model tersebut adalah Asset Light Model. Artikel kali ini akan bantu anda untuk itu memahami apa itu asset light model dalam pelaburan.

Apa itu Asset Light Model

Ia merupakan satu business model yang mana syarikat mempunyai pegangan aset yang kecil. Ia tidak mempunyai banyak aset, oleh itu tidak banyak modal yang diperlukan untuk menjaga aset tersebut. Contoh syarikat yang menggunakan model ini adalah seperti Oyo Hotel. Oyo tidak mempunyai hotel tetapi hanya menjadi platform kepada hotel-hotel untuk menyenaraikan hotel mereka di dalam platform tersebut dan Oyo hanya mengambil komisen daripada servis yang dikenakan.

Senang cerita, kebanyakan perniagaan berdasarkan servis dan juga orang tengah adalah berbentuk asset light model seperti grab, foodpanda, lalamove dan sebagainya.

Am

Setelah mengetahui apa itu asset light model, mari kita lihat pengaplikasiannya. Biasanya jumlah dividen yang dibayar oleh sesebuah syarikat adalah berdasarkan kepada cash flow yang tersedia apabila ditolak dengan perbelanjaan kapital. Ia juga dikenali sebagai Free Cash Flow ataupun wang yang tidak digunakan untuk apa-apa tujuan. Untuk syarikat meningkatkan bayaran dividen kepada pemegang saham, ia mestilah menghasilkan free cash flow yang lebih besar dengan cara meningkatkan operating cash flow dan merendahkan perbelanjaan kapital.

Perak Transit (PTRANS) Compilation | I3investor
Contoh Asset Heavy Business : PTrans

Model business seperti asset heavy business tak mampu untuk mencapai sasaran ini kerana ia seringkali terkait dengan perbelanjaan yang besar untuk meneruskan operasi perniagaan mereka. Kita boleh lihat contoh kepada syarikat yang berasaskan asset heavy model seperti Perak Transit Berhad PTrans. Syarikat ini disenaraikan di Bursa sekitar Oktober 2016.

PTrans bertanggungjawab untuk membina dan menguruskan terminal pengangkutan awam dan antara projek yang paling signifikan adalah Terminal Amanjaya Ipoh. Mereka menjana keuntungan berdasarkan kepada ruang iklan dan sewa kedai di dalam terminal tersebut. Pada penghujung tahun 2019, record kewangan menunjukkan jumlah aset bernilai RM 518.8 juta dan perbelanjaan modal pula sebanyak RM 87 juta setahun.

ACE Market
Contoh Asset Light Model : Bursa Malaysia

Jadi, mari kita bandingkan syarikat yang berasaskan asset light model seperti Bursa Malaysia. Bursa Malaysia bertanggungjawab untuk menguruskan penyenaraian saham syarikat di pasaran awam. Ia mempunyai jumlah aset bernilai sekitar RM 166.9 juta pada tahun 2019 dan perbelanjaan modal hanya menelan belanja sebanyak RM 20.4 juta sahaja. Sebab utama bursa mempunyai perbelanjaan yang rendah adalah aset terbesar Bursa hanyalah sistem IT. Ia merupakan satu pembelian one-off dan hanya memerlukan sedikit perbelanjaan penyelenggaraan berbanding PTrans yang perlu menjaga bangunan-bangunan besar.

Dengan perbelanjaan modal yang kecil, Bursa mampu untuk menjana Free Cash Flow yang lebih besar iaitu sebanyak RM 186.7 jkuta pada tahun 2019. Bagi PTrans pula, mereka mempunyai negatif free cash flow semenjak tahun 2016 dan hanya membayar dividend payout ratio sekitar 38%, berbeza dengan Bursa yang membayar dividend sebanyak 90-100% semenjak tahun 2012 lagi. Sebab itulah kita harus mengetahui apa itu asset light model serta kelebihannya dalam pelaburan.

Kesimpulan

Setiap model mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Di dalam artikel ini hanya menjurus untuk menjawab secara asas apa itu asset light model. Info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menilai dan memilih kaunter yang ingin anda laburkan setelah memahami apakah jenis dan bagaimanakah model business tersebut boleh memberi impak positif kepada perniagaan mereka. Alhamdulillah

Sumber : Dividend Growth Investing

Baca lagi : Memahami Konsep Margin of Safety Dalam Pelaburan

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →