Bismillahirrahmanirrahiim
Anda mungkin pernah terdengar berkenaan dengan konsep Margin of Safety dalam pelaburan bukan. Konsep ini tidak asing lagi kerana ianya diperkenalkan oleh Bapa Pelaburan iaitu Benjamin Graham. Idea ini digunakan oleh ramai pelabur dalam melandaikan risiko sesuatu saham serta meningkatkan gain keuntungan modal. Artikel ini akan menjawab persoalan tentang asas, formula serta cara penggunaan margin of safety.
Apa itu Margin of Safety
Ia merupakan satu zon yang ditentukan oleh para pelabur sebelum melakukan sesuatu pembelian saham. Semakin besar Margin of Safety maka semakin rendah risiko serta semakin tinggi potensi keuntungan yang bakal dimiliki dan begitulah sebaliknya. Namun, jika terlalu jauh peratusan Margin of Safety yang dipilih berkemungkinan anda tidak sempat untuk membeli harga saham tersebut kerana harganya terus menaik.
Untuk mengira margin of safety, anda memerlukan dua maklumat penting iaitu harga pasaran saham semasa dan juga harga intrinsik saham tersebut. Ada berbagai cara yang boleh digunakan untuk mencari nilai intrinsik sesuatu saham namun ia tidak akan diulas di dalam artikel ini demi memberi fokus kepada penggunaan Margin of Safety
Formula Margin of Safety
Selain mengetahui konsep margin of Safety, anda juga harus tahu mengenai formula pengiraan margin of safety. Jangan risau, formulanya cukup mudah dan anda boleh rujuk dibawah.
Margin of Safety (%) = ((Intrinsic Value - Current Share Price) / 1) x 100
Contohnya, anda mempunyai satu saham yang mempunyai intrinsik value sebanyak RM 1 dan harga saham semasa adalah RM 0.80. Berdasarkan pengiraan menggunakan formula yang diberikan, margin of safety bagi saham tersebut adalah sebanyak 20%. Ini menunjukkan bahawa harga saham tersebut telah mengalami diskaun sebanyak 20%.
Bunyinya sangat mengujakan kerana harga saham tersebut boleh diambil kira sebagai murah dan diskaun sebanyak 20% telah berlaku di dalam kaunter tersebut. Sebagai seorang pelabur anda akan merasakan bahawa harga ini cukup menarik untuk dibeli. Malah kebanyakan pelabur meletakkan margin of safety sekitar 15% daripada harga intrinsic value sesuatu kaunter.
Permasalah Penggunaan Margin of Safety
Umum kita ketahui konsep Margin of Safety ini digunakan untuk melandaikan risiko dan boost capital gain sesuatu saham. Tetapi anda juga harus tahu masalah yang dialami ketika menggunakan konsep ini. Masalah utamanya adalah penentuan nilai intrinsik sesuatu saham. Ianya boleh berubah-ubah mengikut keadaan malah mungkin kesilapan dalam pengiraan nilai intrinsik yang secara langsung memberi impak kepada pengiraan Margin of Safety
Kesimpulan
Konsep Margin of Safety merupakan satu elemen pelaburan yang cukup baik. Berapa banyak percentage yang anda inginkan terpulang kepada selera risiko masing-masing. Pilihlah peratusan margin of safety yang sederhana supaya anda sempat untuk membeli kaunter yang berpotensi tinggi untuk harga melonjak lebih tinggi. Inshaa ALLAH.
Sumber : Dividend Growth Investing
Baca lagi : Cara Menilai Laporan Kewangan Syarikat