Cara Menilai Laporan Kewangan Syarikat

Bismillahirrahmanirrahiim

Laporan kewangan adalah tool yang sangat penting bagi para pelabur. Inilah antara dokumen yang sah dan memaparkan prestasi serta hala tuju sesuatu syarikat pada masa akan datang. Dengan meneliti info yang ingin disampaikan di dalam laporan tersebut, ia akan memberikan anda idea sama ada syarikat tersebut baik atau tidak untuk dilaburkan. Artikel kali ini akan bantu anda dengan menunjukkan cara menilai laporan kewangan syarikat

Apa itu Laporan Kewangan Syarikat

Ia adalah satu dokumen yang telah diaudit yang menyatakan semua maklumat penting di dalam sesuatu syarikat. Amnya laporan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kata-kata pengarah, filosofi perniagaan, laporan operasi, penyata kewangan, balance sheet, penyata aliran wang, komen auditor serta komen dari pihak pengurusan.

Biasanya bagi mereka yang malas untuk membaca laporan penuh, mereka akan membaca kata-kata pengarah yang mana pelabur ingin menangkap apa tindakan selanjutnya yang ingin diambil oleh orang tertinggi, kemudian membaca komentari dari auditor sama ada baik atau tidak perniagaan mereka dan komentari pengurusan.

Bagaimana Cara Membaca Income Statement (Penyata Pendapatan)? - The Kapital
Kredit thekapital

Tiga Bahagian Penting Dalam Laporan Kewangan Syarikat

Cara menilai laporan kewangan syarikat boleh diringkaskan dengan memberi perhatian kepada tiga elemen ini iaitu keuntungan syarikat, aliran wang serta hutang yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Maklumat dari ketiga tiga aspek ini akan membantu anda untuk menilai sama ada syarikat ini adalah syarikat yang menguntungkan ataupun tidak.

Keuntungan syarikat merujuk kepada kebolehan syarikat untuk menjana keuntungan yang berterusan dari perniagaan mereka untuk tempoh masa yang lama. Maklumat ini anda boleh dapatkan di bahagian Statement of Profit or Loss ataupun Other Comprehensive Income. Syarikat yang mempunyai keuntungan yang konsisten biasanya mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk harga saham mereka meningkat pada masa akan datang.

Berikut adalah antara karakteristik syarikat yang mempunyai keuntungan yang baik.

  1. Keuntungan yang meningkat saban tahun bagi tempoh 5-10 tahun kebelakang
  2. Mempunyai profit margin yang konsisten bagi tempoh 5-10 tahun kebelakang.

Antara ratio yang boleh digunakan untuk menyukat keuntungan syarikat adalah seperti berikut :

  1. Revenue
  2. Gross Profit
  3. Gross Profit Margin
  4. Operating Profit
  5. Operating Profit Margin

Seterusnya adalah penyata aliran keluar masuk wang. Di dalam perniagaan duit cash ibarat jantung kepada perniagaan mereka. Tanpa cash, pasti sukar untuk anda membeli bahan bahan mentah yang akan digunakan bagi aktiviti perniagaan anda kelak. Contohnya, jika anda meniaga restoran, pasti anda perlukan cash untuk membeli bahan mentah seperti ayam ikan dan sayur untuk anda gunakan dalam masakan anda. Anda boleh gunakan ratio-ratio dibawah untuk mengetahui sama ada penyata aliran keluar masuk syarikat adalah baik ataupun tidak.

  1. Quality of Earning (QOE)
  2. Free Cash Flow

Terakhir anda harus memerhatikan tahap hutang yang dihadapi oleh syarikat. Kebanyakan syarikat menggunakan kemudahan berhutang ini bagi membantu mereka mengembangkan atau mengekalkan momentum operasi perniagaan mereka. Namun anda harus lihat adakah hutang yang diambil benar-benar memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada syarikat mereka.

Oleh itu terdapat beberap ratio yang boleh anda gunakan untuk menentukan sama ada tahap hutang mereka baik atau tidak. Dibawah adalah ratio yang boleh anda gunakan

  1. Gearing Ratio
  2. Debt Service Ratio

Amnya untuk menggunakan gearing ratio, pastikan ianya mempunyai bacaan 0.5 kebawah bagi tempoh lima tahun kebelakang dan bagi DSR pula pastikan bacaannya dibawah 30%. Had ini digunakan sebagai rujukan untuk memastikan bahawa hutang yang diambil oleh syarikat boleh dikawal dan tidak akan memberikan bebanan yang besar kepada syarikat bagi aktiviti pembayaran semula.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara menilai laporan kewangan syarikat secara ringkas. Jujur saya katakan artikel ini tidak dapat untuk cover semua perkara yang lebih terperinci. Ia hanyalah sebuah rangka am bagi anda untuk explore lebih dalam tentang laporan kewangan syarikat. Diharap artikel ini dapat membantu anda untuk memahami cara bagaimana untuk membaca laporan kewangan syarikat. Alhamdulillah

Sumber : Dividend Growth Investing

Baca lagi : Apa itu Dividend Payout Ratio

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →