Bismillahirrahmanirrahiim
Pembayaran dividen adalah salah satu sebab utama mengapa seseorang pelabur memilih saham tersebut untuk dilaburkan. Ianya akan dibayar dalam bentuk tunai, berdasarkan berapa banyak unit yang dimiliki oleh seseorang pelabur. Namun tidak ramai yang tahu apa itu Dividend Payout Ratio. Artikel kali ini akan menjawab persoalan tentang apa itu dividend payout ratio (DPR) dan beberapa fakta menarik yang terkait.
Apa itu Dividend Payout Ratio (DPR)
Ia adalah satu ratio yang menunjukkan berapa banyakkah bahagian keuntungan syarikat yang digunakan untuk membayar dividend kepada para pelabur. Formulanya boleh dilihat berdasarkan kepada maklumat dibawah
DPR (%) = Total Dividend Paid / Net Profit Attributable to Shareholders.
Contohnya syarikat A mempunyai keuntungan selepas cukai sekitar RM 10 juta dan mereka mengumumkan untuk menggunakan sebanyak RM 2 dari keuntungan tersebut untuk membayar dividend kepada para pelabur mereka. Maka DPR yang diperolehi adalah sebanyak 20%. Namun, ada juga kes yang mana syarikat untung RM 10juta tetapi menngumumkan untuk membayar dividend sebanyak RM 11 juta kepada para pelabur dan DPR yang diperolehi adalah 110%. Adakah anda rasakan bahawa syarikat mampu untuk membayar dividend pada masa akan datang?
Selain mengetahui apa itu dividend payout ratio, terdapat satu rules of thumb yang anda boleh gunakan untuk memilih saham yang membayar dividend berdasarkan DPR ini. Sebaiknya anda pilihlah syarikat yang membayar dividend dengan DPR 50% keatas untuk tempoh 5 ke 10 tahun kebelakang. Biasanya syarikat yang mampu untuk membayar dividend adalah syarikat yang telah matang dan mempunyai sebab yang kurang untuk berkembang lagi. Oleh itu mereka akan gunakan wang tersebut untuk membayar lebih banyak dividend kepada pelabur supaya mereka tidak menjual saham mereka dan menarik lebih ramai pelabur baru untuk membeli saham mereka.
Contoh Syarikat Yang Mempunyai DPR yang Tinggi
Nestle adalah satu contoh syarikat yang telah mencapai tahap matang. Syarikat ini telah disenaraikan di Bursa sejak 1989 dan mempunyai core business dalam pengeluaran makanan. Anda pasti kenal Maggi, Milo dan Nescafe bukan? Itu adalah sebahagian daripada rangkaian produk yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Produk produk ini dikenali sebagai Consumer Staples Food.
Syarikat yang engage di dalam industri yang bersifat defensif seperti Nestle ini kebiasaannya adalah stabil kerana apa sahaja naik turun ekonomi dunia atau negara, makanan tetap menjadi perkara asas yang manusia perlukan. Walaubagaimanapun, keuntungan syarikat ini akan mencapai had siling kerana populasi penduduk Malaysia yang terhad.
Oleh sebab itu, Nestle mempunyai sebab yang kukuh untuk mengumumkan dividend yang tinggi kepada para pelaburnya. Manakan tidak, jika syarikat mengambil keputusan untuk berkembang pun tidak memberikan impak yang positif kerana populasi masyarakat yang stagnant. Lebih baik mereka mengambil strategi untuk menarik lebih ramai pelabur untuk memegang saham mereka dengan memberi dividen yang besar.
Secara kasarnya, Nestle telah membayar dividend dengan DPR antara 95-100% dari jumlah keuntungan yang dimiliki kepada para pelabur. Jika mereka untung sebanyak RM 20 juta, maka lebih kurang RM 18 juta keuntungan tersebut diberikan kepada pelabur. Sebab itulah ramai pembeli saham Nestle enggan untuk menjual saham mereka kerana sayang untuk melepaskan unit yang memberikan dividen yang tinggi.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda tentang apa itu dividend payout ratio serta apakah rules of thumb yang boleh digunakan untuk anda memilih saham yang membayar dividend. Strategi buat duit melalui pembayaran dividend ini adalah salah satu strategi yang cukup baik kerana sementara anda ingin meraih keuntungan dari segi capital gain, anda boleh menikmati keuntungan dividend yang dibayar oleh syarikat kepada anda. Sekian terima kasih.
Sumber : Dividend Growth Investing
Baca lagi : Faktor Yang Mempengaruhi Selera Risiko Pelabur