Apa itu Peer to Peer Lending

Bismillahirrahmanirrahiim

Syarikat mempunyai banyak channel untuk mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan mereka. Tak kisahlah sama ada simpanan sendiri ataupun pinjaman, asalkan modal tersebut boleh disediakan. Malah ada juga syarikat yang menyenaraikan syarikat mereka di Bursa bagi mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka. Hari ini saya akan kongsikan satu platform dan menjelaskan apa itu Peer to Peer Lending.

Apa itu Peer to Peer Lending

Ia adalah satu platform yang menghubungkan antara pelabur dan juga peniaga. Peniaga akan memohon modal bagi perniagaan mereka manakala pelabur pula akan menyediakan modal tersebut. Kemudian peniaga akan mengambil modal tersebut dan membayar semula pinjaman yang telah diambil sebelum ini beserta kadar faedah yang dipersetujui.

Dalam kata mudah, ia ibarat pinjaman antara kawan dengan kawan. Nama pun peer to peer kan. Cuma ianya lebih bersistematik dan dikawalselia oleh badan-badan berkuasa iaitu seperti kerajaan Malaysia dan juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Oleh itu, anda tak perlu risau kerana semua proses mempunyai black and white yang sah walaupun dijalankan secara online.

Keistimewaan Peer to Peer Lending

Jadi, apa yang menariknya dengan Peer to Peer Lending ini selain mengetahui apa itu peer to peer lending dari segi maksud? Terdapat tiga pihak yang akan terlibat dalam P2P Lending ini iaitu pelabur, peniaga dan juga pengelola. Bagi pelabur, sudah pasti kadar keuntungan yang tinggi dan tahukah anda keuntungan boleh mencecah sehingga 18% setahun.

Bagi peniaga pula P2P Lending ini menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding dengan bank. Pinjaman perniagaan mempunyai kadar faedah yang sangat tinggi, oleh itu P2P adalah alternative kepada mereka untuk mengurangkan kos dalam membayar pinjaman mereka. Pengelola pula akan mendapat manfaat daripada caj yang dikenakan keatas pelabur dan peniaga berdasarkan servis yang telah diberikan kepada kedua pihak.

Risiko dalam Peer to Peer Lending

Ia sama sahaja seperti anda meminjamkan wang anda kepada kawan anda. Jika mereka tidak bayar, maka anda terpaksa la bersusah payah memfailkan saman dan sebagainya untuk mendapatkan duit anda semula. Risiko tersebut adalah Default Risk. Ia bermaksud syarikat tersebut gagal membayar pinjaman tersebut. Anda akan kehilangan modal yang anda laburkan serta dengan keuntungan yang dijanjikan sekali.

Apabila syarikat telah default, maka proses untuk mendapatkan duit anda semula akan memerlukan jangka masa yang panjang. Mereka terpaksa mencairkan dahulu aset syarikat kemudian barulah membayar semula kepada para pelabur berdasarkan baki wang yang ada. Katakan anda melabur sebanyak RM 1,000 dan syarikat telah default, selepas harta syarikat dicairkan mungkin anda akan mendapat sekitar RM 700. Jadi anda telah rugi sebanyak RM 300. Ini cuma contoh ya.

Bagaimana Mengurangkan Risiko dalam Peer to Peer Lending

Suruhanjaya Sekuriti telah menghadkan terdapat tiga jenis pelabur yang boleh engage dalam P2P ini. Ia dibahagikan kepada :

  1. Retail Investor
  2. Angel Investor
  3. Sophisticated Investor
Sumber Investsmartsc

Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai perniagaan atau tidak didaftarkan sebagai Angel Investor, besar kemungkinan anda hanyalah retail investor dan limit anda adalah seperti yang dinyatakan seperti diatas.

Selain itu, untuk mengurangkan lagi risiko P2P Lending, anda disarankan untuk diversify pelaburan anda. Katakan ada 5 syarikat yang memohon modal perniagaan melalui P2P lending, dalam masa yang sama anda mempunyai modal sebanyak RM 1000. Jadi anda boleh bahagikan untuk labur sebanyak RM 200 setiap syarikat bagi merendahkan risiko default syarikat tersebut.

Terakhir, setiap syarikat mempunyai Credit Score yang telah dinyatakan oleh pihak pengelola. Biasanya digredkan dari Low Risk, Medium serta High Risk. Sebagai langkah selamat, anda pilih sahaja syarikat yang mempunyai Low Risk. Low Risk bermaksud syarikat tersebut mempunyai credit score yang baik, cash flow syarikat yang kuat serta tiada masalah dalam pembayaran semula hutang kepada bank atau orang ramai.

Persediaan Untuk Melabur dalam Peer to Peer Lending

Berikut saya senaraikan persediaan untuk anda melabur dalam P2P Lending

  1. Gunakan modal hangus. Maknanya jika duit tersebut hilang, impak kepada kehidupan anda minima. Jangan risau, melabur P2P boleh bermula serendah RM 10 sahaja.
  2. Modal tersebut anda tidak akan guna paling kurang setahun. Anda tiada option untuk mohon semula modal pokok anda sebab peniaga dah gunakan wang anda untuk perniagaan mereka. Mahu tak mahu anda terpaksa tunggu sehingga tempoh matang untuk dapatkan semula modal anda.

Ada banyak platform pengelola P2P di Malaysia dan berdaftar dibawah SC. Salah satunya adalah Microleaps. Jadi, anda boleh lihat website tersebut dan mula explore sendiri semua makluamt berkaitan P2P didalam website mereka.

Blog - microLEAP
Sumber Microleap

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda apa itu peero to peer lending. Amnya ia adalah satu pelaburan berisiko tinggi kerana anda boleh hilang modal beserta dengan keuntungan yang dibayar adalah tinggi. Namun, bagi saya ia adalah satu alternatif pelaburan yang cukup baik kerana jika anda ingin melabur setakat RM 50 sebulan pun, anda tak akan terasa kehilangannya bukan? Alhamdulillah

Sumber : Investsmartsc, Majalahlabur, Bacaan Internet

Baca lagi : Apa itu Dividend Payout Ratio

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →