Bismillahirrahmanirrahiim
Trend reversal adalah satu keadaan yang mana terjadinya perpindahan antara satu trend kepada satu trend yang baru. Amnya, terdapat 3 jenis trend iaitu uptrend, downtrend dan juga sideway. Tahukah anda terdapat cara mengetahui trend reversal dalam pasaran saham? Jika anda berjaya detect pattern ini, maka anda boleh sama ada close position anda yang telah profit sekian lama ataupun anda boleh entri pada harga yang sangat rendah.
Asas- Asas Trend
Sebelum ini saya telah menerangkan bahawa terdapat tiga trend iaitu sideway, uptrend dan downtrend. Ulasan setiap trend adalah seperti berikut :
- Uptrend sentiasa membuat New High dan bergerak keatas. Ketika ini ramai yang akan cuba untuk mencari posisi Buy
- Downtrend sentiasa membuat New Low dan bergerak kebawah. Ketika ini ramai yang cuba untuk mencari posisi Sell
- Sideway sentiasa bergerak dalam satu jarak antara Support dan Resistance. Ketika ini ramai yang cuba Buy at Support dan Sell at Resistance.
Dalam banyak-banyak jenis trend, yang paling bahaya adalah sideway kerana didalam sideway terdapat pergerakan mini trend Uptrend dan juga downtrend. Ini menyebabkan anda mungkin terkeliru apabila melihat terjadinya pembentukan trend, lebih lebih lagi di timeframe yang lebih kecil.
Cara Mengetahui Trend Reversal
Kelebihan apabila anda tahu dan berjaya spot trend reversal adalah anda boleh entry pada permulaan trend dan exit pada penghujung trend. Kita akan menggunakan chart untuk melihat bagaimana trend reversal ini boleh berlaku. Terdapat tiga cara untuk mengesan trend reversal
- Harga pasaran yang telah trending terlalu lama tiba-tiba muncul satu pergerakan trending yang agak drastik kemudian diikuti dengan pergerakan harga yang melawan arah trend
- Apabila jarak ranging menjadi semakin panjang
- Apabila terjadinya Divergence disertakan dengan price break trendline atau channel
Point pertama ini berlaku apabila market telah mula buat manipulasi dengan menekan lebih banyak volume seterusnya membuatkan harga bergerak lebih volatile berbanding daripada siri pergerakan yang lepas. Gerakan ini dilakukan oleh operator untuk memerangkap lebih ramai retail trader di harga tertinggi yang masih didorong dengan perasaan FOMO dan Euphoria. Lihat gambar dibawah untuk kefahaman anda.
Point kedua pula anda boleh perhatikan perilaku ranging yang berlaku dalam sesebuah trend. Ketika awal trend, ranging yang berlaku adalah pendek kerana masih ramai yang sedang push harga dan mood belian masih tinggi. Tetapi anda lihat ranging semakin panjang dan lama membuatkan anda mula tertanya-tanya adakah momentum masih lagi ada ataupun fasa distribution bakal berlaku.
Terakhir adalah dengan melihat terjadinya divergence, disertai dengan price break line trendline yang anda lukis. Ini adalah dua combo yang cukup powerful kerana setiap elemen complement each other membuatkan peratusan untuk price reverse kepada trend terbaru adalah tinggi. Untuk mengesan divergence, anda boleh gunakan indikator seperti RSI dan MACD.
Kesimpulan
Cara mengetahui trend reversal adalah satu ilmu yang cukup mahal jika anda berjaya untuk menguasainya. Bayangkan, anda orang terawal yang secure profit anda dan juga orang terawal yang menemui trend akan berubah arah. Diharap artikel ini dapat bantu anda meningkatkan lagi kefahaman anda dalam teknikal analisis.
Sumber : Karen Foo, TheKapital, Pengalaman sendiri
Baca Lagi : Apa itu Peer to Peer Lending