Beza Bon dan Sukuk Di Dalam Pasaran Modal

Bismillahirrahmanirrahiim

Pasaran modal adalah dimana satu instrument pelaburan yang menemukan antara pelabur dan juga peminjam modal. Terdapat berbagai-bagai jenis pasaran modal yang wujud seperti Peer to Peer Financing, Bon dan juga sukuk. Namun, tahukah anda apakah beza bon dan suku walaupun ia nampak seperti serupa? Artikel ini akan merungkai persoalan yang dinyatakan.

Apa itu Bon dan Apa itu Sukuk

Sebelum kita pergi kepada beza bon dan suku, adalah penting untuk kita ketahui maksud bon dan juga suka. Berikut adalah definisi terhadap kedua-dua instrument ini.

  1. Bon : Merupakan surat hutang yang mana terdapat peminjam dan juga pemberi pinjam yang mana kadar keuntungan dibayar berdasarkan faedah yang telah ditetapkan.
  2. Sukuk : Merupakan surat hutang Islam yang mengikuti kaedah syarak dan mempunyai konsep yang sama seperti Bon

Persamaan Antara Bon dan Sukuk

  1. Bon dan sukuk mempunyai 3 asas yang sama iaitu Face Value, Maturity Date dan Coupoun. Face value adalah modal asal, maturity date adalah tempoh matang untuk modal pokok dibayar semula serta Coupon adalah bayaran keuntungan kepada pelabur
  2. Bon dan Sukuk diterbitkan dengan tujuan untuk meraih modal oleh para peniaga
  3. Bon dan Sukuk diterbitkan untuk menjana pendapatan tetap melalui bayaran faedah atau keuntungan
  4. Risiko Bon dan sukuk lebih rendah berbanding Ekuiti

Beza Bon dan Sukuk

  1. Bon adalah produk konvesional manakala Sukuk adalah produk patuh Syariah. Kepada Muslim, anda diharamkan untuk mengambil produk daripada Bon
  2. Bayaran faedah bon adalah berasaskan kepada pinjaman wang itu sendiri ataupun dikenali sebagai riba. Manakala Sukuk pula disandarkan kepada satu aset, dan keuntungan berdasarkan kepada manfaat yang dijana daripada aset tersebut. Contohnya Aset tersebut adalah rumah, oleh itu semua pelabur akan menikmati keuntungan hasil daripada sewaan rumah tersebut.
  3. Bon dinilai berdasarkan penarafan kredit syarikat manakala Sukuk dinilai berdasarkan aset yang disandarkan.
What Are Sukuk? - Azzad Asset Management Halal Investment
Kredit kepada Azzad Asset

Risiko Dalam Pelaburan Bon dan Sukuk

Selain mengetahui beza bon dan sukuk, anda perlu ketahui bahawa semua pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri walaupun ianya berisiko rendah. Oleh itu risiko yang bakal anda hadapi adalah Risiko Kredit dan juga Default Risk.

Default risk adalah keadaan yang mana syarikat yang menerbitkan bon atau sukuk telah jatuh bangkrap. Di dalam bon, apabila syarikat bangkrap, semua aset syarikat akan dicairkan dan jumlahnya akan dibayar semula kepada para pelabur. Sama ada anda akan mendapat semula wang modal anda ataupun kurang daripada jumlah asalnya.

Bagi sukuk pula, apabila terjadinya default, maka aset tersebut akan dicairkan. Katakan sandaran aset sukuk tersebut adalah sebuah bangunan kedai berharga RM 400,000. Kedai ini akan dijual dan semua wang tersebut akan diagihkan kepada para pelabur mereka.

Kredit risk pula bermaksud ketidakupayaan untuk membayar balik faedah kepada para peminjam. Ini banyak berlaku di dalam produk Bon kerana Bon adalah obligasi hutang. Contohnya di dalam perjanjian Bon tersebut menyatakan coupon rate adalah sebanyak 4% setahun tetapi pada tahun berikut syarikat hanya mampu membayar 3% sahaja. Maka, pelabur telah rugi sebanyak 1 % pada tahun tersebut.

Berbeza dengan sukuk, yang mana bayaran dilaksanakan berdasarkan manfaat aset tersebut. Sekiranya aset tersebut merudum dari segi nilai, maka pembayaran akan menjadi lebih rendah. Namun, ia tidak bersalahan dengan kontrak asal yang menyatakan sebagai contoh, 10% dari keuntungan akan dibahagi kepada pelabur. Walaupun untung naik dan turun, percent tersebut tetap boleh ditunaikan oleh pihak syarikat.

Kesimpulan

Amnya, pelaburan bon dan sukuk ini agak kurang diminati dan diketahui oleh ramai pelabur kerana modal yang diperlukan adalah sangat besar. Tetapi, ianya boleh diakses pada modal yang lebih kecil melalui produk-produk Collective Investment Scheme seperti Unit Trust dan Exchange Trade Bond. Diharap artikel ini telah menjawab persoalan beza bon dan sukuk. Alhamdulillah

Sumber : Majalahlabur, MoneyCompass, Raiz

Baca lagi : Cara Mengetahui Trend Reversal Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →