Cara Kenalpasti Ascending Triangle

Bismillahirrahmanirrahiim

Chart pattern adalah topik yang bukan asing lagi dalam kalangan trader. Aku sendiri pun suka dengan chart pattern ni. Ada dua jenis chart pattern yang korang kena tau iaitu reversal dan continuation pattern. Dari situ akan beranak lagi macam-macam pattern mengikut kelas masing-masing. Artikel kali ini aku nak bincang dengan korang tentang cara kenalpasti ascending triangle.

Apa itu Ascending Triangle

Ianya adalah salah satu continuous chart pattern. Ia mempunyai bentuk yang mana mempunyai baseline yang selari dibahagian atas dan mempunyai garisan yang menyendeng ke atas dibahagian bawah. Bila korang hubungkan sehingga tercipta apex point, korang akan nampak dengan jelas bentuk Ascending Triangle ini. Biasanya korang akan jumpa waktu price dalam keadaan uptrend dan sekali sekala waktu downtrend. Itulah salah satu cara kenalpasti ascending triangle.

Biasanya terdapat enam point ketika pembentukan ascending triangle. 3 point yang mewujudkan baseline dan 3 point yang mewujudkan garisan menyendeng. Psikologi dalam pembentukan ascending triangle adalah buyer yang kuat cuba untuk push harga semakin naik menyebabkan garisan menyendeng terbentuk manakala resistance yang terhasil dibaseline berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti take profit oleh sebahagian pelabur atau trader tetapi tidak mempunyai impak yang kuat untuk menekan harga turun lebih rendah.

Kredit kepada chart formation

Cara Trade dengan Ascending Triangle

Kita telah mengetahui cara kenalpasti ascending triangle, kini aku akan kongsi bagaimana untuk korang tentukan waktu untuk melakukan entri. Ascending triangle sangat cocok dengan breakout strategy. Oleh itu masa terbaik untuk korang melakukan entri adalah ketika harga berjaya break baseline triangle tersebut. Untuk validate breakout tersebut, ia haruslah disertai dengan volume yang lebih besar dan signifikan sebagai satu cara untuk meningkatkan kebarangkalian breakout tersebut.

Jika korang ingin tunggu price retrace kembali ke kawasan RBS ataupun baseline, korang kena aware sedikit dengan volume. Pastikan volume ketika retracement tersebut berlaku tidak serancak daripada volume breakout. Contohnya volume breakout adalah sebanyak 500,000 transaksi dan volume retrace sekitar 200,000 transaksi. Ini adalah kondisi yang terbaik untuk anda mencari entri dikawasan RBS tersebut.

Penentuan Pergerakan Momentum

Amnya, apabila sesuatu pattern telah terbentuk, ia pasti mempunyai momentum yang akan bergerak selari dengan volatility pattern tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan mengukur jarak dari point 1 sehingga point 2 kemudian gunakan info tersebut untuk anda bidak pergerakan harga pada masa akan datang bermula dari point breakout terjadi.

Sebagai contoh, jarak antara poin 1 dan poin 2 adalah sebanyak 10 bid. Oleh itu, anda akan mengandaikan bahawa harga juga akan bergerak sejauh 10 bid bermula daripada poin breakout berlaku. Dengan cara ini anda boleh gunakannya sebagai rujukan untuk anda meletakkan sasaran keuntungan anda dengan lebih bersistematik dan menguntungkan.

Kredit kepada Dailyfx

Kesimpulan

Aku dah kongsikan dengan korang tentang cara kenalpasti ascending triangle chart pattern. Ia adalah antara chart pattern yang kerap muncul sepanjang korang bergelar trader kelak. Selain itu bentuknya bagi aku agak senang untuk ditafsirkan berbanding daripada bentuk yang lain. Continuous chart pattern tidak mengambil masa yang lama untuk terbentuk, berbeza dengan chart reversal pattern yang mengambil masa lebih lama untuk terbentuk. Sekian terima kasih. Alhamdulillah

Sumber : Technical Analysis of the Financial Market

Baca lagi : Angka Tiga dalam Aktiviti Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →