Penjelasan Tentang Volume Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahiim

Volume merupakan salah satu dari 6 elemen penting di dalam trading. Tidak kira anda trade saham, kripto mahupun produk derivatif, anda harus tahu bahawa volume adalah penyebab kepada pergerakan naik turun harga. Post kali ini saya akan menjawab tentang volume dalam trading dan bagaimana ia membuatkan harga berubah-ubah demi kefahaman anda.

Apa itu Volume

Volume merupakan jumlah transaksi yang berlaku dalam satu proses jual beli. Tidak kira ianya jatuh dalam keadaan membeli atau menjual, ia akan direkod sebagai satu transaksi volume. Volume juga mempunyai data yang berbeza berdasarkan timeframe yang anda lihat. Misalnya, jika anda melihat volume pada timeframe D1 ianya pasti berbeza dengan timeframe selainnya seperti H4. Mungkin anda melihat volume di TF D1 adalah sebanyak 10,000 transaksi, tetapi di H4 hanya terjadi 6,000 transaksi.

Jenis-jenis Volume

Sebelum kita ulas lebih panjang tentang volume dalam trading, anda juga harus tahu terdapat dua jenis volume yang wujud di dalam trading atau melabur. Volume tersebut adalah buying volume dan juga selling volume. Buying volume menunjukkan jumlah transaksi belian yang berlaku manakala Selling volume menunjukkan jumlah transaksi jualan yang berlaku. Sekiranya anda menggunakan indikator volume anda akan melihat terdapat dua warna bar, iaitu hijau dan merah. Kebiasaannya bar berwarna hijau mewakili buying volume dan bar berwarna merah mewakili selling volume.

Free download of the 'Better Volume' indicator by 'FJarabeck' for  MetaTrader 5 in the MQL5 Code Base, 2018.12.02
Merah mewakili selling volume, Hijau mewakili Buying Volume

Bagaimana Volume Ditentukan

Pasti anda pernah tertanya-tanya jika transaksi berlaku, bagaimana sistem akan menentukan volume tersebut buy atau sell. Untuk makluman anda, disebalik chart ada satu jalur harga yang dinamakan sebagai market depth. Market depth inilah yang akan memaparkan jumlah order yang ditawarkan oleh pihak pembeli dan penjual.

Top 3 Reasons For Every Trader To Use Market Depth - InvestingNote's Signal  Blog
Contoh Market Depth. Kredit Investingnote

Sekiranya transaksi tersebut berlaku pada harga yang ditawarkan oleh penjual, maka volume tersebut akan diambilkira sebagai selling volume. Sebaliknya, jika transaksi berlaku pada harga yang ditawarkan oleh pembeli, maka volume tersebut dipanggil buying volume. Anda mungkin sukar untuk menangkap proses volume ini kerana transaksi yang berlaku cukup laju dan banyak.

Volume Mempengaruhi Pergerakan Harga

Anda juga harus tahu impak volume dalam trading terhadap pergerakan harga. Untuk harga bergerak sama ada keatas mahupun kebawah. kata kuncinya adalah absorption. Kekuatan sesuatu pihak menyerap jumlah yang ditawarkan akan menyebabkan harga boleh naik mahupun turun. Kita akan ambil side untuk membeli bali memudahkan kefahaman anda.

Katakan anda ingin membeli saham ABC kerana mempunyai prospek yang baik, apabila anda membeli, harga pasti akan turun kerana anda membeli pada harga yang ditawarkan oleh penjual menyebabkan volume tersebut direkod sebagai selling volume. Namun jika lebih ramai trader turut membeli saham tersebut pada tingkat harga yang sama, harga berkemungkinan akan naik.

Saham ABC diniagakan pada harga RM 0.50 dengan 10,000 unit saham yang ditawarkan oleh penjual. Dalam sekelip mata, ramai trader berpusu pusu ingin membeli saham tersebut dan dianggarkan sekitar 30,000 unit saham yang ingin mereka beli. Pada tingkat harga RM 0.50, 10,0000 unit saham yang dijual berjaya diserap oleh trader membuatkan harga naik kepada tingkat harga seterusnya iaitu RM 0.60

Di tingkat RM 0.60, terdapat 15,000 unit lagi ditawarkan oleh penjual. Maka baki permintaan pembeli sebanyak 20,000 unit turut diserap dan meninggalkan baki permintaan kepada 5,000 unit sahaja. Ketika ini harga akan naik kepada tingkat RM 0.70. Disini, penjual menawarkan sebanyak 30,000 unit untuk dijual kepada para pembeli. Namun ditingkat ini, pembeli tidak mampu untuk absorb unit jualan tersebut menyebabkan harga akan stagnant ataupun jatuh.

Kesimpulan

Saya telah memberikan sedikit penerangan tentang volume dalam trading. Walaupun ianya kurang memberi impak dalam sistem trading anda, namun ia memberikan anda idea bagaimana harga boleh bergerak keatas dan juga kebawah. Ada banyak cara untuk menggunakan volume dalam memantapkan lagi sistem trading anda. Inshaa ALLAH

Sumber : Pengalaman dari ALLAH SWT

Baca lagi :

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →