Bismillahirrahmanirrahiim
Korang mesti familiar kan dengan nombor tiga dalam trading kan? Kalau korang dah belajar lebih dari satu teknik, dah baca macam-macam buku trading, mesti korang rasa macam, eh nombor 3 ni nampak sesuatu sangat kan? Sama la macam aku. Bagi aku angka tiga ni memang kena sangat atau serasi dalam trading ni. Jadi meh kita bincang apa yang best nya angka tiga dalam trading.
Keistimewaan Angka Tiga dalam Aktiviti Trading.
Dibawah ni aku senaraikan dahulu kenapa angka 3 ini sangat signifikan dengan trader.
- Pembentukan trend memerlukan dua point dan point ketiga digunakan untuk entri
- Elliot Wave mempunyai 5 wave (Impulse dan Correction) tetapi wave 3 paling dominan.
- Fan principal menggunakan 3 line untuk terbentuk.
- Head and shoulder mempunyai tiga peak
- Continuation pattern early entry adalah pada point ketiga
- Komponen trading terdiri daripada 3 bahagian (price, volume, open interest)
Pertama kita lihat tentang cara nak lukis trend. Mesti korang dah biasa lukis trend kan? Ala yang guna trendline pastu cari dua titik dalam chart kemudian sambungkan, dapatlah trendline. Jadi, teknik yang paling umum digunakan untuk trade with trend adalah tunggu price retrace balik dan bounce pada trendline yang korang lukis betul tak? Kalau dia bounce maknanya dia akan mencipta point 3 dan disitulah korang akan cari position entry yang terbaik. Nampak kan nombor 3 dalam mencari entri trendline.
Seterusnya, mungkin korang dah biasa dengar dengan Elliot Wave Teori. Nak bincang sini memang tak cukup satu post. Pening woo. Tapi yang penting korang tau basic EW ni iaitu 3 Impulse Wave dan 2 Corrective Wave. Tengok, angka tiga ada dalam impulse wave dan Wave ketiga adalah Wave yang paling to the moon berbanding wave-wave lain. Sekarang korang rasakan yang angka tiga tu macam sesuatu betul tak?
Mungkin korang pernah dengar atau tak pernah dengar langsung pasal Fan Principal trendline. Yang ni aku ada attach video untuk korang tengok secara asasnya bagaimana fan principle digunakan. Basically objektif dia adalah untuk get rid noise yang terjadi bila breakout trendline berlaku dan ia menggunakan tiga trendline untuk melengkapkan pembentukan Fan Principal ini. Dibawah adalah video untuk korang tengok.
Bagi peminat chart pattern pula, mesti korang dah biasa dengan pattern Head and Shoulder kan? Dua bahu kiri dan satu kepala. Bukan kesemua pattern tersebut memerlukan tiga peak untuk melengkapkan pembentukan chart tersebut. Bila korang dah jumpa ketiga tiga peak ni, barulah korang boleh panggil pattern tersebut sebagai Head and Shoulder. Boleh lah korang terus ke bilik air untuk mandi dengan syampu.
Last adalah komponen dalam chart terdiri daripada tiga elemen iaitu price, volume dan juga open interest. Price apa yang korang nampak dalam chart. Bergerak naik dan turun. Volume pula merekodkan transaksi yang berlaku sama ada buyer lebih ramai ataupun seller lebih ramai. Akhir sekali adalah open interest yang merekodkan berapa ramai buyer atau seller yang meletakkan pending order mereka untuk membeli atau menjual instrumen mereka. Open interest banyak digunakan bagi trader future ye?
Kesimpulan.
Dari penerangan aku kat atas ni, mesti korang dah mula berminat dengan angka tiga dalam aktiviti trading kan. Ia memang sangat sinonim jika korang ni memang trader tegar. Artikel ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Jika korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca benda ni dekat dalam buku karya John Murphy. Dia ada terangkan mengenai angka tiga dalam aktiviti trading.
Alhamdulillah
Sumber : Buku John Murphy, apa nama tah
Baca lagi : Penjelasan tentang volume dalam trading