Bismillahirrahmanirrahiim
Apa yang membezakan pelabur dan trader? Jawapannya adalah TIMING. Skill ini hanya ada pada trader sahaja, dan tiada pada pelabur. Kekuatan pelabur adalah cekap dalam mentafsir potensi bisnes syarikat serta kedudukan kewangan syarikat melalui pelaporan audit. Kekuatan trader adalah mentafsir reaksi pasaran berdasarkan supply and demand. Artikel ini akan menerangkan anda tentang 4 Tips Trading dari Dan Zanger
Siapa Dan Zanger
Dulunya dia adalah seorang biasa-biasa sahaja. Tiada langsung background tentang kewangan atau pelaburan atau pengalaman bekerja dengan institusi kewangan. Dia hanyalah seorang manusia yang membuat kerja kerja buruh seperti Bellboy dan Kontraktor. Dia mula berminat dalam trading saham ketika dia berumur 25 tahun.
Namun, tahukah anda bila Dan Zanger menjadi fenomena apabila dia berjaya flip account trading sahamnya dari USD 11,000 kepada USD 45 million hanya dalam 23 bulan sahaja. Ketika ia berumur 45 tahun secara kasar. Bayangkan kecintaan dia pada teknikal analisis terutama chart pattern selama 20 tahun, baru membuahkan hasil. Apa lagi kita yang baru 1 tahun dua dalam trading terus undur diri.
4 Tips Trading Dari Dan Zanger
Dan Zanger adalah peminat Chart Pattern. Terdapat banyak chart pattern yang wujud, tetapi hanya beberapa sahaja yang menjadi kegemaran Dan Zanger. Jom kita tengok apakah tips tips tersebut
- Rectangle Box adalah Continuation Chart yang sangat hebat.
Kepada anda yang tidak tahu, rectangle box adalah satu bentuk continuation chart pattern. Price akan bergerak naik dan turun sehingga membentuk segi Empat. Ia selalunya berlaku selepas terjadinya momentum harga yang naik secara mendadak membuatkan harga terpaksa bergerak dalam Box untuk melalui fasa akumulasi.
2. Breakout yang ditemani dengan Volume yang besar adalah Breakout yang baik
Di dalam chart hanya dua sahaja elemen penting yang perlu anda ketahui iaitu Harga dan Volume. Bila ada kedua maklumat ini, maka lengkaplah analisa teknikal anda. Walaupun Dan Zanger amat mengambil berat tentang volume, tetapi ia langsung tidak menggunakan indikator sokongan Volume sperti Money Flow Index yang sangat terkenal ketika zamannya. Oleh itu, jika anda ingin mencari Breakout, pastikan ianya ditemani dengan Volume yang signifikan. Itulah antara Tips Trading dari Dan Zanger yang sangat berharga
3. Descending Channel adalah chart Reversal yang sangat hebat
Berdasarkan kepada kata kata Dan Zanger, ia menyatakan bahawa apabila Descending Channel berjaya dipecahkan, harga akan mula consolidate membuat Rectangle. Apa yang dia perlu lakukan adalah hanya menunggu Box tersebut dipecahkan bersama dengan Volume yang besar. Itulah yang menjadikan Dan Zanger mampu untuk menjadi trader consistent sepanjang masa.
4. Hanya pilih Sector yang Hot untuk Trade
Bagi saya inilah antara Tips Trading dari Dan Zanger yang sangat berharga bagi saya. Sebelum ini, saya hanya melihat volatility serta volume sahaja tanpa mempedulikan adalah sektor tersebut dalam permintaan ataupun tidak. Jadi dengan maklumat yang saya perolehi ini, mungkin saya akan lebih fokus dengan kaunter kaunter yang mana index sektor menunjukkan pengembangan yang agak signifikan.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda 4 Tips Trading dari Dan Zanger. Jadi anda boleh untuk fokus hanya kepada chart pattern rectangle serta descending triangle atau channel. Ya saya faham ada banyak jenis chart pattern yang menarik untuk dipelajari. Terpulang kepada anda untuk explore dengan lebih dalam kerana dunia trading ini penuh dengan kebarangkalian yang boleh kita terokai. Alhamdulillah
Sumber : Chart Pattern Analysis Book
Baca lagi : Economic oat dalam Fundamental Analisis