Economic Moat Dalam Fundamental Analisis

Bismillahirrahmanirrahiim

Syarikat yang mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya pasti akan kekal lama. Bayangkan, syarikat A ada kelebihan dari segi networking dalam supply chain, berbanding syarikat B. Pasti syarikat A dapat kelebihan untuk mengurangkan kos bahan mentah. Itulah dipanggil sebagai Moat. Artikel kali ini akan menjelaskan apa itu Economic Moat dalam Fundamental Analisis.

Definisi Economic Moat

Moat bermaksud parit. Apabila anda membina parit di sekeliling rumah anda, maka sudah pasti sukar untuk orang lain menceroboh rumah anda. Di dalam economy, apabila seseorang mempunyai kelebihan dari beberapa aspek, ia akan menyukarkan pesaing mereka untuk tapau pasaran yang didominasi olehnya. Ilustrasi moat seperti dibawah. Kredit kepada Stockbasket

What is an Economic Moat? How to identify Economic Moat?

4 Jenis Economic Moat di Malaysia

Menurut Tuan Thomas Chua, penulis buku Dividend Growth Investing menyatakan terdapat 4 jenis Moat yang kebiasaannya ada dalam syarikat-syarikat di Malaysia. Dibawah adalah senarai Economic Moat yang dimaksudkan :

  1. Brand Equity
  2. Economic of Scale
  3. Jaringan Pengagihan yang Luas
  4. Undang-Undang Kerajaan

Brand Equity adalah penjenamaan sesuatu produk yang melekat sehingga kini dalam kepala kita. Misalnya seperti Ubat Gigi, ramai yang akan merujuk kepada Colgate, jika minuman coklat, ramai yang akan teringat kepada Milo. Brand-brand ini telah mendapat kepercayaan yang tinggi daripada penggunanya hasil daripada promosi yang berterusan serta kualiti produk yang baik. Oleh itu. walaupun harga produk meningkat, orang setia membeli atas dasar kualiti dan jenama.

Oleh itu, agak sukar untuk Brand baru untuk menembus pasaran mereka. Contohnya, kita boleh lihat produk minuman Coklat seperti Sawanah Koko,CocoRex, Horlick Coklat, Vico. Namun yang tetap menjadi keutamaan rakyat Malaysia adalah Milo kerana kekuatan brand ini. Mungkin brand lain mempunyai kualiti yang lebih baik, tetapi gagal dalam mempromosikan minuman mereka sepertimana yang dilakukan oleh Milo.

Nestlé's Milo sparks debate about nutrition in Malaysia - SEARCA FANSSEA
Milo antara produk yang mempunyai kelebihan dari segi Brand Equity

Kedua adalah Economic of Scale. Ia mencakupi tentang kekuatan untuk menghasilkan sesuatu barangan pada kos yang lebih murah berbanding daripada lawannya. Kita lihat kes Hartalega. Pada tahun 2014 kebelakang, Hartalega berjaya menghasilkan sebanyak 45,000 pasang sarung tangan pada setiap jam berbanding pesaing mereka yang menghasilkan sebanyak 30,000 pasang sahaja sejam.

Perkara ini terjadi kerana Hartalega telah menggunakan sistem pengautomasian dalam pengoperasian mereka menyebabkan mereka mampu untuk mengurangkan kos per unit, meningkatkan profit margin malah mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding rakan pesaing mereka. Oleh itu, Hartalega telah menguasai pasaran sarung getah berbanding pesaing-pesaingnya.

Ketiga adalah jaringan agihan yang luas. Ia bermaksud produk mereka boleh didapati dikebanyakan tempat. Contohnya adalah syarikat Cocoaland Holding. Antara produk yang popular dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah Lot 100 Gummies. Pergi lah ke mana sahaja kedai runcit, anda pasti boleh menjumpai produk ini. Malah produk ini juga berjaya menembus sehingga pasaran luar negara.

150g Lot 100 Assorted Fruit Gummy Chewy Candy
Lot 100 yang berjaya menembusi pasaran luar melalui jualan online di Amazon

Oleh itu, semakin luas jaringan pasaran produk, maka semakin banyak pelanggan yang boleh dicapai. Teorinya, semakin ramai pelanggan yang boleh diraih, maka semakin tinggilah keuntungan yang bakal diperolehi oleh syarikat tersebut. Kebanyakan syarikat yang mempunyai economic moat dari segi Jaringan pasaran produk adalah syarikat yang menjual bahan-bahan makanan dan minuman.

Terakhir adalah undang-undang kerajaan. Jika anda mempunyai economic moat ini, anda hampir-hampir boleh memonopoli pasaran. Perkara ini boleh dilihat melalui pemberian lesen minuman keras kepada dua syarikat iaitu Heineken dan juga Carlsberg. Hanya dua syarikat ini sahaja sah untuk beroperasi dalam menghasilkan minuman keras. Oleh itu, pasaran yang luas ini hanya di duopoli oleh dua syarikat ini sahaja.

Kesimpulan

Setiap syarikat haruslah mempunyai objektif untuk mencipta economic moat mereka sendiri. Agak mustahil untuk sesebuah syarikat mempunyai keempat-empat economic moat yang dinyatakan. Namun, ia akan menjadi satu barrier kepada pesaing lain untuk menembusi pasaran yang telah dikuasai oleh mereka yang mempunyai kelebihan dari beberapa aspek khusus.

Sumber : Dividend Growth Investing oleh Thomas Chua

Baca lagi : Beza Bon dan Sukuk

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →